Basilika Hati Suci di Paris (Perancis)
Basilika St Peter, Kota Vatikan

Basilika adalah satu perkatan Latin yang diterbitkan daripada bahasa Greek βασιλικὴ στοά, Stoa Diraja, sebuah dewan tribunal raja), yang mana memiliki tiga kegunaan yang berbeza daripada zaman moden. Pada mulanya, perkataan ini digunakan bagi menghuraikan bangunan terbuka, zaman Rom dan dibuka kepada rakyat. Ia biasanya terletak bersebelahan dengan forum di bandar Rom. Ia kemudian digunakan pada bangunan Kristian dalam bentuk yang sama dan terus digunakan dari segi senibina bagi menghuraikan sesebuah bangunan dengan nave tengah dan mempunyai. Kemudian, istilah ini digunakan secara spesifik kepada sebuah bangunan gereja yang besar dan penting yang mana telah diberikan hak istiadat khas oleh Paus.

Basilika Katolik merupakan tapak-tapak penziarah pemeluk Kristian dan menerima berpuluh-puluh juta pelawat setahun.[1][2] Pada bulan Disember 2009, Basilika Our Lady of Guadalupe mencetak rekod baharu dengan 6.1 juta penziarah pada hari Jumaat dan Sabtu semasa sambutan hari Our Lady of Guadalupe.[3]

Lihat juga

Rujukan dan sumber

Rujukan
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Meera
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama EWTN
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Zenit2
Sumber

Pautan luar