Gunung Gongga | |
---|---|
Rabung Barat Laut Minya Konka | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 7,556 m (24,790 ka) Kedudukan ke-41 |
Tonjolan | 3,642 m (11,949 ka) Kedudukan ke-47 |
Pengasingan | 661 kilometer (411 bt) |
Senarai | Ultra |
Geografi | |
Lokasi | Garzê Tibetan Prefecture, Sichuan, China |
Induk banjaran | Daxue Shan (大雪山) |
Pendakian | |
Pendakian pertama | 28 Oktober 1932 oleh Terris Moore, Richard Burdsall |
Laluan paling mudah | Rabung Barat Laut |
Gunung Gongga (Cina ringkas: 贡嘎山 ; Cina tradisional: 貢嘎山 ; pinyin: Gònggá Shān), juga dikenali sebagai Minya Konka (Khams Tibetan pinyin: Mi'nyâg Gong'ga Riwo), adalah gunung paling tinggi dalam wilayah Sichuan, China. Ia juga dikenali penduduk tempatan sebagai "Raja Pergunungan Sichuan". Terletak di banjaran gunung Daxue Shan, antara Sungai Dadu dan Sungai Yalong, sebahagian daripada kawasan pergunungan Hengduan, Gunung Gongga adalah puncak 7,000 meter (23,000 ka) paling timur di dunia dan gunung ketiga tertinggi di luar Himalaya/Karakoram, selepas Tirich Mir dan Kongur Tagh.
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gunung Gongga |