Hipoglisemia | |
---|---|
Penafian perubatan | |
Meter glukosa | |
Pengkhususan | Endokrinologi |
Gejala | Kecemerkapan, masalah percakapan, kekeliruan, pitam, sawan[1] |
Permulaan biasa | Segera[1] |
Punca | Ubatan anti-diabetik (insulin dan sulfonilurea), sepsis, kegagalan buah pinggang, ketumbuhan tertentu, penyakit hati[1][2][3] |
Tahap gula darah tinggi < 3.9 mmol/L (70 mg/dL)[1] | |
Rawatan | Pemakanan gula mudah, dekstrosa, glukagon yang tinggi[1] |
sunting |
Hipoglisemia (bahasa Inggeris: hypoglycemia, daripada istilah bahasa Yunani ὑπογλυκαιμία, hypo- "bawah", glykys "gula", haima "darah") berlaku apabila kandungan gula darah menurun ke tahap bawah normal.[1] Keadaan ini boleh membawa kepada pelbagai simptom yang muncul dengan segera termasuk kecemerkapan, masalah percakapan, kekeliruan, pitam, sawan atau maut.[1] Rasa lapar, berpeluh, menggigil serta lemah badan juga boleh timbul daripada keadaan ini.[1]
Satu sebab utama penyakit ini adalah pengambilan ubatan merawat diabetes mellitus seperti insulin dan sulfonilurea.[2][3] Penghidap kencing manis yang makan kurang daripada pengambilan seharian, bersenam lebih daripada yang biasa diamalkan, ataupun telah meminun alkohol lebih berisiko tinggi mengalami hipoglisemia.[1] Antara sebab-sebab lain hipoglisemia termasuk kegagalan buah pinggang, ketumbuhan tertentu seperti insulinoma, penyakit hati, hipotiroidisma, kebuluran, inborn error of metabolism, jangkitan parah, hipoglisemia reaktif dan beberapa jenis dadah termasuk alkohol.[1][3] Tahap gula darah yang rendah juga dapat dikesan pada bayi sihat yang tidak makan selepas beberapa jam.[4]
Tahap glukosa yang dikira dalam hipoglisemia berubah-ubah bergantung kepada lingkungan usia.[1] Mereka yang mempunyai tahap diabetes di bawah 3.9 mmol/L (70 mg/dL) berdiagnosis.[1] Dalam kalangan orang dewasa yang sihat dan tidak menghidap kencing manis; simptom yang berkaitan dengan tahap gula darah yang rendah, tahap gula yang rendah sewaktu kemunculan simptom ini serta peningkatan selepas gula darah diseimbangkan semula mengesahkan diagnosis tersebut.[5] Tahap bawah 2.8 mmol/L (50 mg/dL) selepas makan atau menjalani aktiviti senaman boleh digunakan sebagai takat jika sebaliknya.[1] Tahap yang dinilai bagi bayi baru lahir pula adalah di bawah 2.2 mmol/L (40 mg/dL) atau kurang daripada 3.3 mmol/L (60 mg/dL) bersertakan dengan simptom-simptom yang sah.[4] Ujian lain yang juga berguna untuk menentukan sebab penyakit ini termasuk tahap kandungan insulin dan peptida C dalam darah.[3] Hiperglisemia adalah keadaan yang berlawanan bagi penyakit ini.
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)