Injera | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Setalam injera bersama pelbagai lauk-pauk | |||||||
Nama alternatif | Biddeena/Tayta/Tajta | ||||||
Jenis | Roti rata atau lempeng | ||||||
Jenis sajian | Utama, pencuci mulut | ||||||
Tempat asal | |||||||
Bahan utama | Tepung tef (adakala juga gandum, barli, sekoi, jagung atau beras) | ||||||
Bahan yang biasa digunakan | Tef, air ![]() | ||||||
Keragaman/variasi | Canjeero, Canjeelo, Laxox | ||||||
131 kcal (548 kJ)[3] | |||||||
| |||||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Injera (Amhara: እንጀራ ənǧära [ɨndʒəra]; Templat:Lang-om; bahasa Tigrinya: Tai'ta ; Somali: 𐒋𐒖𐒒𐒃𐒜𐒇𐒙, rumi: canjeero ) adalah sejenis roti rata dimakan dalam kalangan masyarakat serantau Tanduk Afrika merangkumi Habsyah, Eritrea, Djibouti dan Somalia[4] sebagai makanan ruji dan utama.[5][6] Ia dihasilkan daripada adunan tepung yang diperam hampir mirip tosai menggunakan sejenis bijirin khas iaitu tef.
Hidangan ini sering dijamukan dengan pelbagai jenis lauk (wat) setalam di mana roti ini ditarik dengan tangan (tangan kanan yang paling afdal)[7][8] untuk mengaut dan memakan lauk-pauk ini.[9][10]
Injera mula-mula dihasilkan dengan mengadunkan air bersama tepung tef. Tef merupakan bijirin yang sukar ditanam apatah lagi didapatkan hasil yang banyak, maka bijirin lain seperti gandum, barli, jagung atau beras kadangkala digunakan untuk menggantikan sebahagian atau semua kandungan adunan tef. Malah, terdapat juga injera yang dibuat dengan adunan campuran bijirin termasuk barli, sekoi dan betari:[9] adunan barli lebih lazim di kawasan tanah tinggi mnakala adunan betari lebih lazim di kawasan rendah.[5]
Bahan penapai seperti yis umum digunakan, ataupun suatu cecair khas diperolehi dari sisa penapaian sebelumnya disebut sebagai ersho yang mengandungi spesies Bacillus aerob.[11][12] Adunan ini diperam selama kira-kira dua hingga tiga hari.
Adunan ini dimasak secara dituang dan dibakar atas suatu kuali rata besar iaitu mitad (Amhara: ምጣድ ) sehingga menaik. Rasa injera yang masak ada dibandingkan mirip apam.
Injera is the fermented pancake-like flatbread, which originated in Ethiopia.
Other Bantu languages mostly talked about the 'eating hand' and, [...]