Enche’ Besar Hajah Khalsom
Yang Amat Mulia Enche' Besar
Gambar kerabat Mahkota Diraja Johor, kelihatan Josephine Trevorrow yang berdiri tiga dari kanan
KeputeraanJosephine Ruby Trevorrow
(1935-12-02)2 Disember 1935
Romford, Essex, England (United Kingdom)
Kemangkatan1 Jun 2018(2018-06-01) (umur 82)
Hospital Raja Edward VII, London, England (United Kingdom)
Pemakaman6 Jun 2018
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
SuamiBaginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi (k. 1956; c. 1962)
Anakanda
Butiran
Nama penuh
Almarhumah Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah
KerabatJohor
AyahandaReginald George Trevorrow
BondaRuby May Alderman
AgamaIslam

Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (Josephine Ruby Trevorrow; 2 Disember 1935 – 1 Jun 2018)[1] merupakan seorang rakyat Britain.[2] Beliau merupakan isteri pertama kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, Sultan bagi negeri Johor Darul Takzim, Malaysia.

Sultan Iskandar telah mengenalinya ketika baginda sedang melanjutkan pelajaran di Britain. Josephine akhirnya telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Sultan Iskandar pada tahun 1956 dan menukar namanya kepada Khalsom binti Abdullah.[3] Pada 1962 setelah bercerai, beliau telah menetap di England. Beliau bagaimanapun sempat bermadu dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Ahmad daripada kerabat diraja Kelantan, yang dinikahi Sultan Iskandar pada tahun 1961.[4]

Setelah lama bermaustatin di London, beliau kembali ke Johor untuk menghadiri istiadat pemakaman bekas suaminya. Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang Ke-52, baginda telah mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) dan berkenan memberi gelaran Yang Amat Mulia kepada bonda baginda. Kini gelaran rasmi bonda baginda adalah Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah, DK I (Johor).

Kemangkatan

Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah mangkat di London pada jam 12:24 tengah malam akibat sakit tua, Jumaat, 1 Jun 2018. Kemangkatan Almarhumah diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim bin Ramli di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.[5] Dengan itu, semua bendara negeri Johor dan bendera daerah dikibarkan separuh tiang sejak pengumuman kemangkatan Enche' Besar sehinggalah tamat istiadat pemakamannya.[6] Jenazah Almarhumah tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira pada jam 11 malam 5 Jun lalu diiring ke Istana Besar menggunakan ambulans peribadi Sultan Johor. Istiadat pemakaman Almarhumah diadakan separuh istiadat kemangkatan diraja pada keesokan harinya. Jenazah Almarhumah disemayamkan di Bilik Singgahsana Istana Besar untuk penghormatan terakhir selama dua jam lalu diusung dengan pedati diraja yang ditarik oleh 40 anggota Timbalan Setia Negari Johor dari Istana Besar hingga ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru untuk dimakamkan.[7] Almarhumah dimakamkan sebaris dengan makam cucunda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim.[8]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Terasul dan gelaran

Kurniaan

Pangkat Pertama (DK I, 22.11.2010)
Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ, 30.3.2015)

Anakanda

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Tarikh Kemangkatan Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Cucunda Cicinda
YAM Tengku Puan Laksamana Selangor Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar (1956-07-11) 11 Julai 1956 (umur 67) Johor Bahru, Johor 2 Mei 1977 YAM Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah al-haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al-haj YM Tengku Haji Shakirin al-Amin Mahmud Ismail Ahmad Shah YM Tengku Mahmud
YM Tengku Lima
YM Tengku Aziz
YM Tengku Kamariah Khaleiyah Khadijah Kathirah Zanariah Ihsan Shah
YDM Tengku Indera Bijaya Diraja Selangor Tengku Salehuddin Ismail Shah YM Tengku Ibrahim
YM Tengku Shahrain Ismail Ibrahim Iskandar Hishamuddin Shah Tiada
YM Tengku Sharifuddin Ibrahim Ismail Iskandar Abdul Aziz Shah YM Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri
YM Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri
YM Tengku Kathira Zanariah Ihsan Maimunah Aminah Iskandar Putri Tiada
YAM Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar (1957-10-20) 20 Oktober 1957 (umur 66) Johor Bahru, Johor
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar (1958-11-22) 22 November 1958 (umur 65) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor 19 September 1982 DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifurlah DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah
YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim

YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah

YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah -Layla Sofiah (lahir 2020)
-Anak kedua nama belum diketahui (lahir 2022)
YAM Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Tiada
Almarhum YAM Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Tiada
YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Tiada
YAM Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Tiada
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar (1960-08-05) 5 Ogos 1960 (umur 63) Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor 6 Mac 1986 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Almarhum YAM Tengku Ahmad Iskandar Shah Tiada
KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tiada
YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Tiada
YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Tiada
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Tiada
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah Tiada

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ johor15 www.royalark.net
  2. ^ Facts on File Yearbook, terbitan Facts on File, Inc., 1957, Frasa: "Married: Prince Tengku Mahmud, 24, grandson of the Sultan of Johore, & Josephine Ruby Trevorrow, 21, daughter of an English textile..."
  3. ^ Morais (1967), m/s 198
  4. ^ The Who's who in Malaysia (1967), m/s 198
  5. ^ "Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah". Astro Awani. 2 Jun 2018. Dicapai pada 6 Jun 2018.
  6. ^ Isabelle Leong (2 Jun 2018). "Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Khalsom Abdullah mangkat". Astro Awani. Dicapai pada 2 Jun 2018.
  7. ^ Junita Mat Rasid (2 Jun 2018). "Jenazah akan dimakam di Bukit Mahmoodiah". Berita Harian. Dicapai pada 2 Jun 2018.
  8. ^ "Jenazah bonda Sultan Johor dimakam hari ini". mStar. 6 Jun 2018. Dicapai pada 6 Jun 2018.