Kincir angin adalah alat jentera yang memanfaatkan kuasa tiupan angin dengan menukar kuasa tersebut kepada tenaga melalui putaran bilah atau layar terbina.[1][2]
Pada asalnya, kincir angin dibangunkan untuk tujuan mengisar bijirin bagi penghasilan makanan; namun teknologi ini dilanjutkan kepada kegunaan pengilangan lain dari zaman ke zaman[3] termasuk mengepam air atau sebagai penjana elektrik seperti pada rekaan turbin angin moden.
Catatan pertama mengenai penggunaan kincir angin sebagai penjana kuasa mesin datang dari Yunani melalui Heron dari Alexandria pada abad pertama Masihi.[4][5] Satu contoh awal yang lain adalah kegunaan roda dipandu angin adalah roda doa, yang digunakan di Tibet dan China silam sejak abad ke-4.[6]
Ia telah didakwa bahawa maharaja Babylon Hammurabi bercadang bagi menggunakan kuasa angin bagi projek pengaliran bercita-cita besarnya pada abad ke-17.[7]
Kincir angin bolehguna pertama dipasangkan dengan layar yang berputar pada satah menegak dalam paksi sama arah;[8] rekaan ini ada dicatat oleh Abu Ishaq Ibrahim al-Istakhri pada abad ke-9.[9][10] Rekaan ini tersebar pada abad ke-11 mencapai sebahagian kawasan selatan Eropah termasuk kerajaan Andalusiyah dan rantau Balkan.[11]
Jenis serupa kincir angin mendatar berbilah segi empat ada ditemui untuk tujuan pengairan pada abad ke-13 di China (semasa Dinasti Jurchen Jin di utara) setelah diperkenalkan pengembara yang merentasi Yelü Chucai ke Turkestan pada 1219.[12]
Bilah atau layar kincir terdiri daripada suatu kekisi yang dipasangkan kain untuk menangkap angin. Kekisi-kekisi kayu lebih digunakan di kawasan beriklim sejuk yang mengelakkan kemungkinan pengecutan mengikut suhu.[13]
Tenaga dibawa tiupan angin yang terperangkap dipindahkan melalui suatu tiang penyokong berhubungan kepada serangkaian gear; gear-gear ini kemudiannya boleh menggerakkan batu pengisar atau roda gergaji melakukan kerja yang dikhususkan untuk kincir penjana.
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kincir angin |