Menara Eiffel di Paris, Perancis.

Menara (Jawi: منارا serapan Arab: مَنَارَة, rumi: manārah "rumah api" terbitan kata kerja نَوَّرَnawwara atau نَارَnāra "menyalakan, menerangi"[1]) ialah sebuah struktur buatan manusia yang ketinggiannya mengatasi kelebarannya.

Menara berbeza dari bangunan dari tujuannya untuk menjadi sebuah mercu tanda sesebuah organisasi. Justeru itu ia dibina dengan indah dan cantik. Tetapi matlamat utama pembinaan menara adalah untuk menjimatkan ruang dan tanah. Kalau dulu menara dijadikan kemegahan dan mercu tanda, namun menara juga dibina untuk faedah komersial dan sebagai alat prasarana yang penting pada zaman sekarang ini.

Sejarah

Berkemungkinan menara paling lama dibina dan masih berdiri tegak (dalam kes ini condong) ialah Menara Condong Pisa di Pisa, Itali yang dibina dari tahun 1173 hingga 1372.

Struktur dan reka bentuk

Kebanyakan menara berbentuk seakan sama tetapi reka bentuknya berbeza. Menara juga kadang kala mempunyai antena di puncaknya. Bahan yang digunakan untuk struktur menara berbeza mengikut keadaan, tempat dan kegunaannya. Pada era awal teknologi pembinaannya menggunakan kayu, batu granit, batu-bata (menara api), besi (Eiffel Tower), konkrit dan apabila teknologi besi keluli maju, kebanyakan menara di bina strukturnya adalah dari bahan besi keluli. Keluli bergalvani merupakan pilihan terbaik serta ekonomi agar menara boleh dibiarkan bertahan di bawah panas terik dan hujan ribut bertahun-tahun lamanya. Sekarang terdapat menara diperbuat dari bahan komposit, iaitu campuran penggunaan bahan konkrit, aloi dan plastik. Ada menara telekomunikasi di rekabentuk seperti sepohon pokok. Di Dubai, menara-menara telekomunikasi berbentuk pokok kurma. Ada juga menara telekomunikasi di buat seperti menara mesjid dan di letakkan di bersebelahan mesjid yang akan menggunakan menara itu juga untuk tujuan azan.

Tujuan pembinaan menara

Antara tujuan pembinaan menara:

Galleri

Lihat juga

Pautan

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 374–375. ISBN 967-65-7321-3.