Nasi goreng pattaya ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Ia adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.
Nasi goreng pattaya | |
---|---|
![]() Nasi goreng pattaya di Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia | |
Jenis | Nasi Goreng |
Tempat asal | Malaysia[1][2][3]} |
Kawasan/rantau | Asia tenggara |
Masakan berkaitan | Indonesia, Malaysia, Dan Singapura |
Bahan utama | nasi, telur, ayam, sos cili, hirisan timun |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Ada sesetengah sumber mengatakan bahawa menu ini berasal atau diilhamkan dari Pattaya, Thailand. Walau bagaimanapun, namanya berbunyi Thai tetapi itu sebenarnya masakan asli dari Malaysia dan bukannya Thailand. Kemungkinan besar masakan itu diberi nama yang berbunyi Thai untuk tujuan kebaharuan atau pemasaran.
Menu ini jelas merujuk kepada penggunaan nasi goreng. Lazimnya, nasi goreng tersebut hanyalah mempunyai ramuan lazim iaitu perencah utama seperti bawang, pes rencah dan sedikit sayuran, penggunaan ayam, sotong, udang atau daging.
Walau bagaimanapun, keunikan bagi nasi goreng ini ialah nasi gorengnya dibungkus di dalam balutan telur dadar lantas memerangkap haba, aroma dan rupa nasi goreng itu sehinggalah yang memakannya memotong atau membelah telur dadar tersebut.
Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.
Nasi goreng pattaya secara lazimnya dihidang begitu sahaja dengan sos cili yang sering membentuk tulisan di atas telur dadar itu. Namun, menjadi kebiasaan untuk nasi goreng pattaya ini dihidang bersama hirisan timun. Terdapat juga yang dihidangkan bersama beberapa racik daun selada dan hirisan tomato. Ada juga yang meletakkan sup sebagai sampingan.