Onomatopoeia (dari Yunani: ονοματοποιία[1] lakuran όνομα onoma = nama[2] dan ποιέω poieō, = "saya buat/lakukan"[3] yakni "saya mencipta nama"), keratabahasa[4] atau bunyi ajukan[5] adalah perkataan menggambarkan objek sasaran daripada bunyi dihasilkan yang didengarinya. Perkataan ini boleh didapati sebagai kata nama (contohnya nama haiwan seperti "ruak-ruak", "hudhud") atau kata kerja (contoh: dering, debar, kicau, ciap, cebur, Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak...).

Gambaran umum

[sunting | sunting sumber]

William George Maxwell dan kemudiannya Richard James Wilkinson menghujahkan bahawa ada beberapa rangkaian kosa kata dalam bahasa Melayu yang boleh ditentukan seikat makna tersirat melalui persamaan suku kata, antaranya:[6]

Penerapan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Ia banyak diterapkan dalam karya seni jenis komik untuk menggambarkan kesan bunyi persekitaran latar cerita; teknik ini dipelopori pekomik Amerika Syarikat Roy Crane semasa mengkaryakan siri komik Washington Tubbs pada tahun 1924.[7]

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ ὀνοματοποιία, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, melalui Perseus
  2. ^ ὄνομα, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, melalui Perseus
  3. ^ ποιέω, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, melalui Perseus
  4. ^ Jyh Wee Sew (2018) "Pendekatan Keratabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Asing". Electronic Journal of Foreign Language Teaching. Centre for Language Studies, National University of Singapore. 15, Suppl. 1: 214–228
  5. ^ Collins, J.T. (1986). Antologi kajian dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  6. ^ Wilkinson, Richard J. (Januari 1936). "Onomatopoeia in Malay". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 14 (3 (126)): 72–88. JSTOR 41559855.
  7. ^ DeForest, Tim (2004). Storytelling in the Pulps, Comics, and Radio: How Technology Changed Popular Fiction in America. McFarland. m/s. 115. ISBN 9780786419029.