Tenuk Brazil | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | T. terrestris
|
Nama binomial | |
Tapirus terrestris (Linnaeus, 1758)
| |
Taburan Tenuk Brazil (hijau - masih wujud, hitam - dahulu) |
Tenuk Brazil atau tenuk Amerika Selatan (nama saintifik: Tapirus terrestris) merupakan salah satu daripada empat spesies dalam keluarga tenuk, bersama-sama dengan tenuk gunung, tenuk Malaysia, dan tenuk Baird. Tenuk Brazil merupakan mamalia darat kedua terbesar di Amerika Selatan selepas tenuk Baird, dan ia juga haiwan darat terbesar di hutan hujan Amazon.[2]
Spesies tenuk ini juga termasuk sejenis tapir yang pernah diberi nama Tapirus kabomani atau tenuk hitam kecil yang merupakan tenuk terkecil dijumpai di hutan hujan Amazon. Penemuan tenuk ini diumumkan pada Disember 2013 sebagai ungulat berjari ganjil pertama dijumpai dalam lebih 100 tahun. Walau bagaimanapun, T. kabomani tidak diiktiraf sebagai spesies tersendiri oleh Tapir Specialist Group dan bukti genetik terbaru menunjukkan bahawa ia jenis dalam tenuk Brazil (T. terrestris).[3][4]
Subspesies T. kabomani adalah tenuk paling kecil yang wujud dengan berat badan dianggarkan hanya sekitar 110 kg (240 lb), .[5] Sebagai perbandingan, tenuk gunung mencapai berat antara 150 hingga 225 kg (331 hingga 496 lb).[6] Tapirus kabomani kira-kira 130 sentimeter (51 in) panjangnya dan 90 sentimeter (35 in) tingginya ke paras bahu.[5]
Bulu T. kabomani berwarna kelabu tua ke coklat tua. Kakinya pendek.[5] Yang jantan lebih kecil daripada yang betina, malah yang betina mempunyai tompok kerongkong berwarna cerah yang menjangkau dari dagu ke leher dan hingga tapak telinga.[5]
Tapirus kabomani terhad kepada Amerika Selatan. Ia telah ditemui di negeri-negeri Amazonas selatan (tempat contoh), Rondônia, dan Mato Grosso di Brazil. Spesies ini juga dipercayai wujud di departmen Amazonas di Colombia, malah mungkin juga terdapat Amapá, Brazil, serta Guiana Perancis selatan.[7]
Tenuk ini diketahui memakan daun dan benih palma dari genus-genus Attalea dan Astrocaryum.[5]
Walaupun tidak diperikan secara rasmi hingga tahun 2013, namun sudah sekian lama timbulnya kemungkinan bahawa wujudnya T. kabomani sejak seawal 100 tahun sebelumnya. Spesimen pertama yang kini diiktiraf sebagai ahli spesies ini ditemui dalam Ekspedisi Sains Roosevelt–Rondon. Theodore Roosevelt (1914) percaya bahawa mereka telah menemui satu spesies baru,[8] malah para pemburu tempatan mengenali dua jenis temuk di kawasan berkenaan[8] sementara seorang lagi ahli ekspedisi iaitu Leo E. Miller bahawa terdapatnya dua spesies tenuk.[a] Walaupun begitu, setelah diperhatikan oleh pakar-pakar, kesemua tenuk dalam ekspedisi ini telah dianggap sama-rata sebagai T. terrestris,[9][10] termasuk spesimen AMNH 36661 yang kini dikenal pasti sebagai T. kabomani.[5] 10 tahun sebelum T. kabomani diperikan secara rasmi, para saintis menduga kewujudan spesies baru sambil menyelidik tengkorak-tengkorak yang tidak menyerupai tengkorak spesies tenuk yang sedia dikenali.[11] Apabila spesies berkenaan diperikan secara rasmi pada Disember 2013[5] ia merupakan spesies tenuk pertama yang ditemui sejak T. bairdii pada tahun 1865.[7]
Nama spesiesnya dipetik dari arabo kabomani, iaitu perkataan bagi tapir dalam bahasa Paumarí. Pemerian rasmi tenuk ini tidak mencadangkan nama umum bagi spesies ini.[5] Suku Karitiana memanggilnya nama yang bermaksud "tapir hitam kecil".[7]
Dalam analisis morfologi dan juga filogenetik molekul,[5] T. kabomani ditemui sebagai yang pertama untuk mencapah daripada tiga tenuk Amerika Selatan. Analisis morfologi menunjukkan bahawa saudara terdekat T. kabomani mungkin adalah spesies pupus Tapirus rondoniensis.[5] Kaedah pentarikhan molekul berasaskan tiga gen sitokrom mitokondria memberikan masa pencapahan pada sekitar 0.5 juta tahun dahulu untuk T. kabomani dan klad T. terrestris–T. pinchaque, sementara T. pinchaque didapati timbul dalam kompleks parafiletik T. terrestris lewat-lewat lagi (sebagai perbandingan, percapahan antara T. bairdii dan tenuk-tenuk Amerika Selatan belaku sekitar 5 juta tahun dahulu).[5]
Tapirus |
| |||||||||||||||||||||||||||
Spesies ini mungkin umum ditemui di habitat mozek hutan-savana (tinggalan bekas cerrado). Namun begitu, tenuk hitam kecil diancam oleh kemungkinan kemusnahan habitat di masa akan datang akibat pembasmian hutan, pembangunan dan peluasan kependudukan manusia.[5]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tenuk Brazil. |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Tenuk Brazil |
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan