Thales dari Miletus | |
---|---|
![]() Potret anumerta oleh Wilhelm Meyer | |
Kelahiran | s. 626/623 SM |
Meninggal dunia | s. 548/545 BC (umur 78) |
Era | Falsafah pra-Socrates |
Falsafah | Falsafah Barat |
Sekolah |
|
Kepentingan utama | |
Idea cemerlang |
|
Dipengaruhi
| |
Mempengaruhi
|
Thales dari Miletus (Yunani: Θαλῆς ; sekitar 624/623 – s. 548/545 SM) ialah seorang ahli falsafah pra-Socrates Yunani Purba, serta ilmuwan matematik, astronomi dan negarawan dari Miletus di Ionia, Asia Minor. Ramai ahli, terutamanya Aristotle, menyifatkan beliau sebagai ahli falsafah pertama dalam aliran Yunani,[1][2] dan diiktiraf dalam sejarah sebagai ahli pertama yang mendalami falsfafah saintifik.[3][4] Beliau juga sering digelar sebagai "bapa sains".[5][6]
Thales diiktiraf kerana memisahkan mitologi dalam menjelaskan kejadian dunia dan alam semesta, dan beralih kepada huraian berasaskan teori dan hipotesis alamiah. Hampir semua ahli falsafah pra-Socrates lain kemudian menurutinya dalam menjelaskan alam semula jadi sebagai berasal dari suatu kesatuan segala-galanya berdasarkan kewujudan satu bahan muktamad dan bukannya melalui mitologi. Aristotle menganggap beliau sebagai pengasas aliran falsafah Ionia, dan melaporkan hipotesis Thales, yakni hipotesis bahawa prinsip asal (arkhe) alam dan sifat jirim ialah satu bahan tunggal: air.[7]
Dalam matematik, Thales menggunakan geometri untuk mengira ketinggian piramid dan jarak kapal dari pantai. Beliau adalah individu pertama yang diketahui menggunakan penaakulan deduktif yang digunakan untuk geometri dengan memperoleh empat akibat teorem Thales. Beliau juga merupakan orang pertama yang diketahui dikaitkan dengan satu penemuan matematik.[8]