RAF Harrier GR9 arrives at RIAT 2008
Sebuah pesawat MV-22 Osprey milik Kor Marin A.S bersedia untuk mendarat di atas sebuah kapal

Pesawat vertical and/or short take-off and landing (V/STOL) atau dalam bahasa Melayu pendaratan dan perlepasan menegak dan/atau pendek merujuk kepada jenis pesawat yang mampu untuk berlepas atau mendarat secara menegak atau di atas landasan pendek. Pesawat Vertical takeoff and landing (VTOL) juga tergolong dalam pesawat V/STOL yang mana tidak memerlukan sama sekali sebuah landasan. Secara umumnya, sebuah pesawat V/STOL perlu memiliki keupayaan untuk mengapung. Helikopter tidak boleh dianggap sebagai sebuah pesawat V/STOL oleh kerana ia hanya digunakan untuk kapal terbang. Pesawat yang mencapai daya angkatan dalam penerbangan ke depan dengan memanipulasikan udara, oleh itu mencapai kecekapan halaju dan bahan api yang lebih baik daripada keupayaan sebuah helikopter.

Kebanyakan pesawat V/STOL telah diuji atau merupakan hasil daripada kegagalan daripada tahun 1950an hingga 1970an. Jenis pesawat V/STOL yang dikeluarkan dalam jumlah yang besar termasuk Harrier, Yak-38 Forger dan V-22 Osprey.

Pesawat V/STOL telah dibangunkan bagi membolehkan jet-jet berkelajuan tinggi untuk dioperasikan di dalam hutan, landasan yang pendek and lapangan terbang kecil yang dahulunya hanya boleh dilakukan oleh sebuah helikopter.

Kelebihan utama pesawat V/STOL adalah keupayaannya untuk beroperasi lebih dekat dengan pangkalan musuh, yang mana mengurangkan masa untuk bertindak balas dan keperluan untuk pesawat penangki minyak. Dalam kes Perang Falklands, ia membolehkan operasi serangan darat dan perlindungan udara oleh pesawat pejuang berprestasi tinggi dilaksanakan tanpa kehadiran sebuah kapal pengangkut pesawat yang dilengkapi dengan manjanik pesawat.

Senarai pesawat V/STOL

Berikut adalah sebahagian senarai, terdapat banyak rekabentuk pesawat V/STOL.

Tujahan vektor

Jet condong

Rotor condong

Sayap condong

Angkatan dan tujahan berasingan

Supersonik

Meskipun banyak pesawat telah dicadangkan dan dibina, dengan beberapa di antaranya telah diuji, hanya F-35B merupakan satu-satunya dan pesawat V/STOL supersonik pertama yang mencapai status khidmat operasi, di mana mula memasuki perkhidmatan aktif bermuala tahun 2016.[1]

Rujukan

  1. ^ "Report: F-35 Work Falls Behind Two More Years." Diarkibkan 2009-07-27 di Wayback Machine CQ Politics, 23 July 2009.
  2. ^ Kjelgaard, Chris (Senior Editor). "From Supersonic to Hover: How the F-35 Flies." space.com, 21 December 2007.

Pautan luar