Peta ini menunjukkan skala vegetasi, atau indek kehijauan, berdasarkan beberapa faktor: bilangan dan jenis tumbuhan, kedaunan, dan kesihatan tumbuhan. Tempat dedaun tebal dan tumbuhan membesar dengan cepat, indeksnya tinggi, dilambangkan hijau gelap. Kawasan dengan vegetasi jarang dan indeks vegetasi yang rendah ditunjuk sawo matang. Berdasarkan ukuran dari Spektroradiometer Pengimejan Resolusi Sederhana (MODIS) di satelit Terra NASA. Kawasanyang tiada data warna kelabu.[1]

Vegetasi ialah himpunan spesies tumbuhan dan penutup tanah yang tumbuhan ini bekalkam.[2] Ia merupakam istilah umum, tanpa rujukan khusus kepada takson tertentu, bentuk hidup, struktur, takat ruang, atau mana-mana ciri botani atau geografi khusus yang lain. Ia lebih luas daripada istilah flora yang merujuk komposisi spesies. Mungkin sinonim yang terdekat ialah komuniti tumbuhan, tetapi vegetasi boleh, dan selalunya memang, merujuk julat skala ruang yang lebih luas daripada istilah ini, termasuk skala sebesar dunia. Hutan kayu merah purbakala, dirian bakau pantai, rawa sfagnum, kerak tanah gurun, tompok rumpai tepi jalan, ladang gandum, kebun dan halaman rumput bertanam; semua dirangkumi oleh istilah vegetasi.

Jenis vegetasi ditakrifkan oleh ciri-ciri spesies dominan, atau aspek sepunya himpunan, seperti julat pelan tegak atau kesamaan sekitar.[3] Penggunaan sezaman vegetasi lebig jurang dengan istilah ahli ekologi Frederic Clements penutup bumi, ungkapan yang masih digunakan oleh Biro Pengurusan Tanah.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ ": Global Maps". earthobservatory.nasa.gov. 8 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-11. Dicapai pada 8 May 2018.
  2. ^ Burrows, Colin J. (1990). Processes of vegetation change. London: Unwin Hyman. m/s. 1. ISBN 978-0045800131.
  3. ^ Introduction to California Plant Life; Robert Ornduff, Phyllis M. Faber, Todd Keeler-Wolf; 2003 ed.; p. 112

Bacaan lanjut

Pautan luar

Pengelasan

Berkaitan pemetaan

Diagram iklim