Kerian adalah salah satu daerah di Perak, Malaysia.
Kerian teretak di utara negeri Perak yang mana daerah ini berdekatan dengan Negeri Pulau Pinang dan daerah Kedah (Daerah Bandar Baru). Di sebelah timur dan selatan, daerah ini berdekatan dengan Daerah Larut, Matang dan Selama. Dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka.
Pada tahun 1800, Pegawai Residen Inggris yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kasus kejahatan di Parit Buntar. Sewaktu pulang, dia dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, dia telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN".
Daerah Kerian merupakan satu Daerah yang terletak di utara Negeri Perak Darul Ridzuan berbatasan dengan Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Pekan Bandar Baharu, Negeri Kedah Darul Aman dan Daerah Larut Matang di sebelah selatan. Daerah Kerian mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 km. Luas Daerah ini lebih kurang 918,83 km persegi. Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut kecuali terdapat beberapa kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini yaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau.
Kabupaten Kerian dibagikan menjadi delapan buah mukim (kecamatan) yaitu
Semua Mukim ini berada di bawah tujuh (7) administrasi Penghulu Mukim dan 90 Komite Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mengatur 246 unit kampung (desa).
Mengikut laporan 'Sensus Penduduk dan Perumahan 1991', jumlah penduduk Daerah Kerian ialah 148.575 orang. Pecahan mengikut jenis kelamin, 72.666 orang lelaki (48,09%) dan 75.909 orang perempuan (51,01%). Kepadatan penduduk Daerah Kerian dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang. Mukim Selinsing merupakan kawasan yang paling kurang penduduk. Rerata kadar pertumbuhan penduduk Daerah Kerian ialah 1,4 setahun.
Daerah Kerian mempunyai 7 kampung utama yaitu
Terdapat beberapa buah bandar utama yaitu:
Daerah ini dikenal sebagai Jelapang Padi Negeri Perak karena terdapat kawasan - kawasan penanaman padi yang luas.
Daerah ini diatur oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) yang mana kantornya terletak di Parit Buntar.
Daerah ini terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini berbatasan dengan Negeri Pulau Pinang (Batas Daerah Seberang Perai Selatan) dan Negeri Kedah (Daerah Bandar Baharu). Di sebelah timur dan selatan, daerah ini dibatasi Daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka. Keunikan daerah ini ialah karena terletak berbatasan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis batas negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, sedangkan Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan. Untuk sampai ke daerah ini, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai).
Daerah ini terkenal dengan kampung masyarakat Melayu berketurunan Banjar di sekitar Bagan Serai, Gunung Semanggol dan Alor Pongsu yang mempunyai keunikan budaya dan amalan hidup. Disinilah tempat di mana pendirian Persatuan Ikhwanul Muslimin yang disifatkan oleh Penjajah Inggris sebagai Pendurhaka karena tindakan kesatuan berkenaan menentang dasar penjajah Inggris. Kumpulan berkenaan dianggap oleh Inggris sebagai Musuh dari Gunung yang merujuk kepada pendirian Persatuan berkenaan di Gunung Semanggol, akan tetapi persatuan ini akhirnya telah dilarang oleh pihak Inggris. Terdapat kawasan(Kuala Gula) yang telah diwartakan sebagai kawasan di mana terdapat burung - burung yang berhijrah dari negara atas angin.
Daerah | Kinta • Larut, Matang dan Selama • Hilir Perak • Manjung • Batang Padang • Kerian • Kuala Kangsar • Hulu Perak • Perak Tengah | |
---|---|---|
Kota Utama | Ipoh (ibu kota) | |
Kota | Ayer Tawar • Bagan Datuk • Bagan Serai • Bagan Sungai Burong • Banir • Batak Rabit • Batu Gajah • Behrang • Bercham • Beruas • Bidor • Bikam • Bota • Bukit Gantang • Bukit Merah • Changkat Jering • Changkat Keruing • Chemor • Chikus • Damar Laut • Gerik • Gopeng • Hutan Melintang • Jelapang • Jenderata • Jerlun • Kamunting • Kampar • Karai • Kota Setia • Kuala Kangsar • Kuala Kurau • Kuala Sepetang • Langkap • Lekir • Lenggong • Lumut • Manjoi • Malim Nawar • Mambang Di Awan • Manong • Menglembu • Padang Rengas • Pantai Remis • Parit • Parit Buntar • Pasir Salak • Pekan Gurney • Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton • Sayong • Selama • Seri Iskandar • Seri Manjung • Simpang Tiga • Sitiawan • Slim • Slim River • Sungai Siput • Sungkai • Taiping • Tambun • Tanjung Malim • Tanjung Piandang • Tanjung Rambutan • Tanjung Tualang • Tapah • Tapah Road • Teluk Batik • Teluk Intan • Teluk Rubiah • Temoh • Temoh Road • Trolak • Trong • Tronoh | |
Pulau |