- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1976. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1976 (nombor).
1976 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Khamis. Ia berlangsung dari 28 Zulhijah 1395 hingga 9 Muharam 1397.
- Elcaset, sebuah format audio yang tidak wujud lama, dicipta oleh Sony.
- Komputer Apple I disiapkan oleh Steve Wozniak dan Steve Jobs dan dijual pada harga AS$666.66.
- TMS 9900, sebuah mikropemproses 16-bit, dikeluarkan oleh Texas Instrument.
- Unit pemprosesan pusat (CPU) tiga cip MCP-1600 dikeluarkan oleh Western Digital.
- Electric Pencil, perisian pemproses kata yang pertama untuk mikrokomputer, dihasilkan oleh Micheal Shrayer.
- Rutin perisian BASIC untuk Altair ditulis oleh Bill Gates.
- Reka bentuk dan kod sumber Tiny BASIC yang lengkap diterbitkan dalam Jurnal Dr. Dobb.
- Sistem Komputer Altos ditubuhkan oleh David Jackson.
- Syarikat Apple Computer, Inc. ditubuhkan oleh Steve Wozniak dan Steve Jobs.
- Computer Shack ditubuhkan dan kemudiannya dinamai ComputerLand.
- Nama Microsoft didaftarkan.
- Bill yang berhenti dari Universiti Harvard pada tahun ini menulis sepucuk surat untuk mengemukakan bantahan mengenai cetak rompak perisian.
- Konvensyen pertama komputer Altair di Albuquerque.