Penemuan | |
---|---|
Tarikh penemuan | 2011[1] |
Designasi | |
Kategori planet minor | sentora |
Ciri-ciri orbit | |
Epok JD 2456400.5 (18 April 2013) | |
Afelion | 22.547 AU |
Perihelion | 15.775 AU |
Paksi semimajor | 19.090 AU |
Kesipian | 0.1765 |
Tempoh orbit | 83.87 tahun (30,635 hari) |
Min anomali | 266.88° |
Kecondongan | 10.81° |
Longitud nod menaik | 222.49° |
Argumen perihelion | 287.51° |
Ciri-ciri fizikal | |
Dimensi | ~60 km[2] |
Albedo | 0.05 (anggapan) |
Magnitud mutlak (H) | 9.6 (jalur r)[2] 9.7[1] |
sunting |
2011 QF99 adalah yang pertama dan, setakat 2013, satu-satunya trojan Uranus yang dikenal pasti.[2][3] Ia ditemui pada tahun 2011 sewaktu objek-objek trans-Neptun sedang dikaji selidik dengan mendalam oleh Teleskop Kanada–Perancis–Hawaii.[2][4] Ia dipercayai lebih kurang 60 km diameternya, dengan anggapan albedo 0.05.[2]
2011 QF99 mengorbit buat sementara waktu dekat titik Lagrange L4 di Uranus (yang memimpin Uranus). Ia akan terus melibrasi di keliling L4 buat setidak-tidaknya 70,000 tahun dan akan kekal seorbit bersama untuk sehingga tiga juta tahun sebelum menjadi sentora. 2011 QF99 is thus a temporary Uranus trojan—a centaur captured some time ago.[2]
Trojan-trojan Uranus pada umumnya diduga sebagai tidak stabil dan tidak satu pun yang difikirkan wujud sejak awal planetnya. Sebuah kajian simulasi telah menyimpulkan bahawa pada bila-bila masa yang tertentu, 0.4% sentora dalam populasi yang bertaburan dalam lingkungan 34 AU adalah seorbit dengan Uranus; daripada ini, adalah diduga bahaewa 64% daripadanya berada dalam orbit ladam, 10% adalah kuasisatelit, dan 26% lagi adalah trojan (terbahagi sama rata kepada kelompok L4 dan L5).[2]
|work=
(bantuan)
|journal=
(bantuan)