21 Mac merupakan hari ke-80 (hari ke-81 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Ia juga merupakan hari pertama bagi tahun astrologi. Tinggal 285 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
1800 – Dilantik sebagai calon tolak ansur selepas berbulan buntu, Pius VII dimahkotakan sebagai Paus di Venice dengan tiara sementara daripada papier-mâché.
1804 - Kod Napoleon(gambar) diterimaguna sebagai kod sivil Perancis, kemudiannya mempengaruhi undang-undang banyak negara lain.
1844 – Bermulanya hari pertama dalam tahun pertama takwim Bahá'í. Tarikh ini disambut oleh penganut kepercayaan Bahá'í sebagai Tahun Baru Bahá'í atau Náw-Rúz.
1844 – Tarikh terawal kedatangan Kristus yang diramalkan oleh William Miller .
1990 - Dahulunya dikenali sebagai Afrika Barat Daya, Namibia mendapat kemerdekaan daripada Afrika Selatan, dengan Sam Nujoma mengangkat sumpah sebagai Presiden pertama.