Deutsches Afrikakorps | |
---|---|
Aktif | 12 Februari 1941 – 13 Mei 1943 |
Negara | ![]() |
Cawangan | Heer |
Jenis | Kor |
Peranan | Pasukan ekspedisi |
Pangkalan | Tripoli, Libya Itali |
Moto | Ritterlich im Kriege, wachsam für den Frieden ("Beradab dalam Perang, Berjaga-jaga untuk Keamanan") |
Warna | Kuning, Perang |
Pertempuran | Perang Dunia Kedua
|
Komander | |
Komander terkenal | Erwin Rommel Ludwig Cruwell Walther Nehring |
Tanda kebesaran | |
Simbol pengenalan | ![]() |
Simbol pengenalan | Mohor Deutsches Afrikakorps |
Afrika Korps, atau nama penuhnya dalam bahasa Jerman, Deutsches Afrikakorps, DAK dengar (bantuan·maklumat), Kor Afrika Jerman, ialah pasukan ekspedisi Jerman di Libya dan Tunisia dalam Kempen Afrika Utara, sewaktu Perang Dunia Kedua. Reputasi Afrikakorps bersinonim dengan panglima pertamanya, Generalfeldmarschall Erwin Rommel, yang kemudiannya memerintah[1] Tentera Darat Panzer Afrika yang berubah menjadi Tentera Darat Panzer Jerman-Itali (Deutsch-Italienische Panzerarmee) dan Kumpulan Tentera Darat Afrika. Afrikakorps menjadi sebahagian tersendiri kesemua ketumbukan-ketumbukan ini. Afrikakorps bertempur dengan tentera Berikat sepanjang kempen Afrika Utara sehinggalah Kor ini menyerah kalah pada bulan Mei 1943.
Afrikakorps dibentuk atas perintah peribadi Hitler pada 11 Januari 1941. Hitler memilih Mejar Jeneral Erwin Rommel sabagai komander ketumbukan ini pada 12 Februari 1941. Rommel sendiri mendarat di tanah Afrika Libya pada 14 Februari 1941.
Markas Besar Angkatan Tentera Jerman (Oberkommando der Wehrmacht, OKW) memutuskan untuk menghantar sebuah "pasukan ekspedisi" (Sperrverband) ke Libya bagi membantu tentera Itali. Tentera Itali telah dikalahkan tentera British yang diterajui Tentera Darat Ke-8 British dalam Operasi Compass. Pasukan yang dipimpin Rommel pada mulanya hanya mengandungi Rejimen 5./leichte Panzer "Afrika", yang ditubuhkan daripada rejimen kedua Divisyen 3./Panzer dan pelbagai unit-unit kecil. Elemen-elemen ini diatur ke dalam Divisyen Ringan ke-5. Pasukan ini kemudiannya ditampung dengan unit-unit Divisyen Panzer ke-15 yang datang dari Itali, mahupun tidak kesemua unit divisyen ini sampai di Afrika sehinggalah Rommel menawan sebahagian besar Cyrenaica melalui serangan balas dan kemudiannya mengambil kedudukan pertahanan. Pada masa ini, Afrikakorps terdiri daripada dua divisyen dengan pasukan bantuan , dan secara rasminya diletakkan di bawah perintah tentera Itali; Rommel telah menjalankan operasinya tanpa keizinan rasmi pihak Itali.