Pelbagai Simbol untuk agama

Agama (Jawi: اڬام) pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Allah, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohesif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk.

"Lihat di dalam hak asasi manusia"

Manusia yang tidak mempercayai malah menolak adanya tuhan pula dipanggil ateis.

Peristilahan dan pentakrifan

Kata agama menyerap kata bahasa Sanskrit āgama (आगम) yang bererti "tradisi",[1][2] ia pada dasarnya datang dari kata kerja dasar गम gāma bermaksud "pergi" (to go) dan आ (ā-) "menuju" (toward) lalu merujuk kepada "karya suci"[1] "yang diturunkan" (that which has come down).[3]

Kamus Besar Bahasa Indonesia mentakrifkan "agama" adalah "sistem yang mengatur tata keimanan (kepercayaan) dan peribadatan kepada Tuhan Yang Mahakuasa serta tata kaidah yang berhubungan dengan pergaulan manusia dan manusia serta lingkungannya". Kamus Dewan pula mentakrifkan "agama" sebagai "kepercayaan pada Tuhan", "sifat-sifat serta kekuasaan"-Nya serta "penerimaan ajaran dan perintah-Nya".

Jenis agama

Agama boleh dibahagi kepada beberapa jenis menurut kategori tertentu. Orang ramai biasanya menjeniskan agama kepada agama yang sahih dan agama sesat. Penjenisan mudah ini adalah subjektif, malah boleh mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Dengan itu, agama haruslah dijeniskan berdasarkan kategori yang zahir.

Dari segi penyebaran

Dari segi penyebarannya,sesuatu agama boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu:

Dari segi sumber rujukan

Semua agama menganggap ajarannya kudus. Kekudusan itu berpunca daripada satu sumber yang kudus juga. Dari segi sumber, agama-agama di dunia boleh dibahagi kepada dua jenis:

Dari segi tanggapan ketuhanan

Agama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Tuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan. Secara amnya, agama menurut penjenisan ini dapat dibahagi kepada 2 jenis.

Fungsi Agama Kepada Manusia

Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh fungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk pelindung kebahagiaan hidup. Tetapi dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang dihuraikan di bawah:

Senarai agama

Jenis-jenis Kristian

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 129. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 10. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]
  2. ^ Menurut kamus Sanskerta-Inggeris Monier-Williams (cetakan pertama tahun 1899) pada entri āgama: ...a traditional doctrine or precept, collection of such doctrines, sacred work [...]; anything handed down and fixed by tradition (as the reading of a text or a record, title deed, &c.)
  3. ^ Grimes, John A. (1996). A Concise Dictionary of Indian Philosophy: Sanskrit Terms Defined in English. State University of New York Press. ISBN 978-0-7914-3068-2. LCCN 96012383. pages 16–17