Lagu Kebangsaan Negeri Kedah | |
Lirik | Almarhum Abdullah Syed Hussain, 1958 |
---|---|
Muzik | J. A. Redhill (Reutenberg) |
Diguna pakai | 1937 |
Sampel audio | |
Allah Selamatkan Sultan Mahkota (instrumental)
|
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Allah Selamatkan Sultan Mahkota[1] merupakan lagu rasmi bagi negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Lagu kebesaran ini mula dimainkan secara rasmi pada tarikh 22 Mac 1937 (bersamaan dengan 9 Muharam 1356) setelah mendapat lulusan secara rasmi oleh kerajaan negeri. Sebelum tarikh tersebut, tidak ada lagu khas dimainkan di majlis-majlis rasmi selain daripada permainan nobat.
Lirik lagu ini ditulis oleh Tun Abdullah Syed Hussain Shahabuddin, seorang bekas Pegawai Tadbir Negeri. Lagunya pula disusun oleh J. A. Redhill (Reutenberg atau Roeytenberg) yang merupakan Ketua Pancaragam Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur berketurunan Yahudi Rusia. Liriknya yang ringkas tetapi padat antara lain mendoakan lanjutan usia Sulta Kedah sebagai ketua agama terkandung di dalam empat baris dengan empat perkataan pada sebaris yang mempunyai rima akhir.[2]
Reuternberg telah diperintahkan untuk mencipta lagu negeri untuk Kedah dengan $1000 sebagai ganjaran. Dia berjaya mengarangnya dalam masa 25 minit. Rancangan untuk mewujudkannya telah dimulakan oleh Penasihat British Kedah, S.L. Jones.
Lagu tersebut telah digubah semula oleh Tunku Yakob dengan tambahan liriknya yang ditulis oleh Hj. Mohammad Sheriff, Menteri Besar ketika itu dan melodi dari J.F. Agustin pada tahun 1949.
Allah Selamatkan Sultan Mahkota[1] | |
---|---|
Bahasa Melayu [3][4] | Tulisan Jawi |
ﷲ سلامت سلطان مهکوتا |
Lagu negeri, wilayah dan wilayah persekutuan di Malaysia |
|
---|---|
Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) | Johor · Kedah · Kelantan · Melaka · Negeri Sembilan · Pahang · Perak · Perlis · Pulau Pinang · Selangor · Terengganu |
Timur Malaysia (Malaysia Borneo) | Sabah · Sarawak |
Wilayah Persekutuan | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur · Wilayah Persekutuan Labuan · Wilayah Persekutuan Putrajaya |
lihat juga: Malaysia |