Altantuya Shaaribuu
Алтантуяа Шаарибуу
Gambar fail Altantuya pada 2001
Kelahiran
Shaariibuugin Altantuyaa

6 Mei 1978
Meninggal dunia18 Oktober 2006 (umur 28)
Sebab kematianDibunuh menggunakan letupan C4 di hutan
PekerjaanPeragawati

Altantuya Shaariibuu (Bahasa Mongolia: Алтантуяа Шаарьбуу; lahir Shaariibuugin Altantuyaa; 6 Mei 1978 - 18 Oktober 2006), merupakan seorang wanita rakyat Mongolia yang menjadi mangsa pembunuhan sama ada dibunuh dengan menggunakan bahan letupan, C4 atau dibunuh dahulu lalu mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4.

Pada 16 Desember 2019, Azilah Hadri yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada bekas perdana menteri Najib Razak dan rakan rapatnya Abdul Razak Baginda.[1]

Kehidupan awal

Altantuya dilahirkan pada 6 Mei 1978, anak kepada Shaariibuu Setev, seorang profesor psikologi dan ibunya Sh Altantsetseg. Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Beliau fasih berbahasa Mongolia, Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.[2]

Altantuya bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bataar. Beliau juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.[3]

Pembunuhan

Rencana utama: Pembunuhan Altantuya Shaariibuu

Altantuya dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, namun begitu, hasil siasatan lanjut mendapati bahan letupan yang digunakan ialah dari PETN dan RDX bukan C4, sejenis bahan letupan yang biasa digunakan di kuari kuari berdekatan. Selangor. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka daripada Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa.[4]

Kontroversi

Penafian Najib Razak

Setelah sekian lama kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai khabar angin mengenai penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah kes ini dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang akan tetapi Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya 'mendiamkan' diri sahaja.[5]

Pada 1 Mei 2008, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah:

Siasatan terhadap Raja Petra Kamarudin

Pada 2 Mei 2008, Malaysiakini melaporkan DSP Victor Sanjos daripada bahagian jenayah siber telah menyiasat terhadap Raja Petra Kamaruddin dan beberapa maklumat dalam komputer beliau. Rumah Raja Petra Kamaruddin terletak di Sungai Buloh, Selangor. Siasatan ini ada kaitan dengan artikel dalam Malaysia Today yang bertajuk “Let’s send the Altantunya murderers to hell” – kes Altantuya.[14]

Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Rosmah Mansor hadir di tempat pembunuhan tersebut.[15] Bagaimanapun, beliau mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011.[16][17]

Siasatan terhadap dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK)

Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul dituduh kerana mempunyai bukti yang banyak berkaitan pembunuhan Altantuya seperti buku nota yang tercatat alamat dan nombor telefon mangsa.[18]

Kes ditutup

Pada 13 Januari 2015, kes pembunuhan kepada dirinya ditamatkan dengan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar; kerana didapati bersalah terhadap pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.[19]

Rujukan

  1. ^ Pendedahan mengejutkan dari Azilah - ‘Najib arah saya bunuh Altantuya'
  2. ^ "Malaysian justice put on trial". Asia Times. 12 July 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-30. Dicapai pada 12 July 2007.
  3. ^ "Altantuya married twice, had two kids". TheStar. 15 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2007. Dicapai pada 15 November 2007.
  4. ^ "Prosecution closes its case on Altantuya murder trial". New Sabah Times. 24 Jun 2008. Dicapai pada 24 Jun 2008.
  5. ^ "RPK's bombshell allegation on Altantuya murder - Abdullah, Najib, Rosmah cannot remain silent".
  6. ^ "Acquittal in Malaysia murder saga". BBC News. 31 October 2008. Dicapai pada 19 May 2010.
  7. ^ John Berthelsen (5 December 2007). "Who was Altantuya Shaariibuu?". Asia Sentinel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-03. Dicapai pada 5 December 2007.
  8. ^ "The Altantuya Shaaribuu Case: How and why she was killed". The Nation. 13 March 2009. Dicapai pada 14 January 2010.
  9. ^ "Photos of Altantuya in Paris add to mystery". Free Malaysia Today. 26 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-22. Dicapai pada 23 February 2013.
  10. ^ "Yes, PM, Let's really send Altantuya's murderers to hell, shall we?". Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-30. Dicapai pada 2018-03-14.
  11. ^ Najib jawab isu Altantuya di blog Petra
  12. ^ PM bersyukur RPK bersihkan namanya, Rosmah.
  13. ^ Hamdan Ahmir (10 April 2015). "Transkrip penuh temubual khas bersama Perdana Menteri". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-11. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  14. ^ Police after RPK again
  15. ^ ROSMAH AT MURDER SCENE, Saturday, 21 June 2008 00:16
  16. ^ "Najib thankful that truth has been revealed, Friday April 15, 2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-01. Dicapai pada 2021-09-22.
  17. ^ "Raja Petra's admission 'exposes the chief conspirator', Friday April 15, 2011 , The Star Online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-01. Dicapai pada 2021-09-22.
  18. ^ "PI points finger at Malaysia No. 2 leader in new twist to Mongolian's murder". International Herald Tribune. 3 July 2008. Dicapai pada 3 July 2008.
  19. ^ "Kes Altantuya: Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul". Berita Harian. 13 Januari 2015. Dicapai pada 14 Januari 2015.

Pautan luar