Angsa | |
---|---|
Anser indicus | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Anatidae
|
Subkeluarga: | Anserinae
|
Tribus: | Anserini Vigors 1825
|
Genus: | Anser Brisson, 1760
|
Spesies jenis | |
Anser anser Angsa kelabu | |
Spesies | |
dan lihat teks | |
Sinonim | |
Chen Boie, 1822 (tapi lihat teks) |
Angsa (Jawi: اڠسا ) ialah sejenis burung berleher panjang daripada genus Anser[1][2] dalam keluarga Anatidae yang dikongsi dengan itik. Genus ini terdiri daripada 11 spesies.[2]
Perkataan "angsa" dipinjamkan daripada perkataan bahasa Sanskrit हंस haṃsa yang membawa erti yang sama.[3]
Nama genus Anser diberikan ahli zoologi Perancis Mathurin Jacques Brisson pada tahun 1760.[4] daripada kata bahasa Latin anser yang bermaksud "angsa",[5] perkataan anser dipakai dalam nama spesies angsa kelabu yang diperkenalkan oleh Carl Linnaeus pada tahun 1758.[6][7]
Semasa kecil dan apabila dewasa, angsa menunjukkan tingkah-laku haiwan dan hidup secara berkawanan. Angsa berhijrah dalam kumpulan pada musim bunga dan luruh, terbang bersama dalam formasi berbentuk-V.