Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Anthony Henri Vanden Borre[1] | ||
Tarikh lahir | 24 Oktober 1987 | ||
Tempat lahir | Likasi, Zaire | ||
Ketinggian | 1.85 m (6 ka 1 in) | ||
Posisi permainan | Bek kanan / Sayap kanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Anderlecht | ||
Nombor | 39 | ||
Kerjaya remaja | |||
1995–2003 | Anderlecht | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003–2007 | Anderlecht | 68 | (3) |
2007–2008 | Fiorentina | 2 | (0) |
2008–2010 | Genoa | 31 | (0) |
2009–2010 | → Portsmouth (pinjaman) | 19 | (0) |
2010–2012 | Genk | 42 | (1) |
2013– | Anderlecht | 28 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2001–2003 | Belgium B16 | 19 | (5) |
2003–2004 | Belgium B17 | 12 | (3) |
2004–2008 | Belgium B21 | 11 | (3) |
2004– | Belgium | 26 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 November 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 November 2014 |
Anthony Henri Vanden Borre (lahir 24 Oktober 1987) merupakan pemain bola sepak Belgium yang bermain di Liga Pro Belgium, Anderlecht. Beliau telah mempunyai 25 kaps bersama pasukan kebangsaan Belgium. Beliau bermain di posisi bek tengah dan sayap kanan.
Anthony Vanden Borre telah dilahirkan di Likasi, Zaire, Vanden Borre berpindah ke Belgium pada usia yang muda. Bapa beliau merupakan orang Belgium manakala ibu beliau orang Congo,[2]
Vanden Borre telah berlatih d Anderlecht sejak remaja lagi. Pada masa itu, beliau mempunyai teman rapat iaitu Vincent Kompany. Beliau membuat debut dalam kejohanan regular ketika beliau berusia 16 tahun dan 187 hari.[3] Sebulan selepas itu, Vanden Borre menandatangani kontrak bersama Anderlecht sehingga 2007.[4] Pada 2005, beliau memasuki perlawanan Eropah buat pertama kalinya dalam Liga Juara-Juara UEFA menentang Chelsea. Anderlecht tewas kepada juara Inggeris itu 0-1.[5] Beliau akhirnya menjaringkan gol rasmi buat pertama kalinya ketika menentang K.S.V. Roeselare 5–1 apabila beliau menjaringkan gol pembukaan.
Semasa di Anderlecht, Vanden Borre berasa ingin berpindah ke kelab lain seperti Hamburger,[6] Ajax,[7] Inter Milan,[8] Real Betis,[9] Tottenham Hotspur,[10] Juventus[11] dan Lazio.[12] Tetapi beliau masih setia bersama Anderlecht apabila menandatangani kontrak baharu sehingga 2010, ketika musim 2005-06.[13]
Vanden Borre menyertai kelab Itali, Fiorentina pada 1 Jun 2007 dengan bayaran sebanyak 3.5 juta euro dengan kontrak selama empat tahun di mana beliau bersama kelab itu sehingga 2012.[14] Beliau membuat debut Serie A pada 7 Oktober menentang Juventus.[15]
Pada 19 Januari, Vanden Borre berpindah sekali lagi. Kali ini, beliau berpindah ke kelab Seria A, Genoa dalam pinjaman.[16] Selepas pemindahan, Vanden Borre berkata Genoa merupakan peluang besar untuk bermain.[17] Pada 8 Mac 2008, Vanden Borre membuat debut bersama Genoa dalam pemian gantian pada minit ke-78 apabila tewas kepada Juventus 0-2.[18] Dalam temu ramah bola sepak Belgium, beliau menyatakan ingin kekal bersama Genoa kerana beliau gembira di sana.[19] Dalam musim penuh di Genoa, Vanden Borre membuat 25 penampilan bersama kelab di bawah pengurus Gian Piero Gasperini.[20]
Pada 13 Ogos 2009, Vanden Borre menyertai Portsmouth dalam semusim sebagai pinjaman.[21][22] Beliau membuat debut pertama bersama Portsmouth pada 19 Ogos 2009 menentang Birmingham. Beliau menjaringkna gol pertamanya untuk Portsmouth dalam Piala Liga Inggeris, 3-2 menentang Carlisle United pada 22 September 2009.[23] Pada 6 Februari 2010, beliau menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan tewas 0-5 kepada Manchester United. Dalam penamat musim, pengurus baru Steve Cotterill menyatakan Vanden Borre tidak kekal di kelab tersebut dan mungkin akan berpindah ke kelab Jerman, FC Köln.[24]
Vanden Borre menyatakan beliau berpindah ke kelab Belgium, Genk sebanyak €350,000.[25] Beliau menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Genk.[26]
Seminggu selepas menjadi pemain Genk, beliau membuat debut bersama Genk dengan menggantika pemain Kevin De Bruyne pada minit ke-78 dalam perlawanan kemenangan 3-2 ke atas Kortrijk pada 22 Januari 2011. Dalam perlawanan terakhir Liga Pro Jupiler, beliau menerima dua kad kuning dalam perlawanan seri 1-1 menentang Standard Liège.
Dalam musim seterusnya, Vanden Borre bersama skuad Genk untuk kempen Liga Juara-Juara di mana layak ke peringkat kumpulan. Dalam perlawanan menentang Zulte Waregem pada 15 Januari 2012, beliau menerima kad kuning pada minit ke-18 sebelum dikeluarkan pada minit ke-78. Dalam perlawanan PlayOFF I, Vanden Borre menjaringkan gol pertamanya untuk Genk ketika menentang bekas kelabnya Anderlecht 3-2 pada 14 April 2012.[27] Dalam hujung musim, beliau dilihat tidak menandatangani kontrak baru dan mungkin meninggalkan kelab.[28] Pada bulan Oktober, beliau menyertai kelab Ukraine, Tavriya Simferopol sehingga pengakhiran musim.[29] Tetapi waktu beliau di Ukraine tidak kekal lama.
Pada 2013, selepas lima tahun berpindah dari kelab tersebut, Vanden Borre pulang semula ke Anderlecht sehingga pengakhiran musim selepas diberi peluang kedua oleh pengurus Herman Van Holsbeeck.[30] Vanden Borren membuat debut liga bersama Anderlecht pada 16 Mac 2013 dengan menggantikan Ronald Vargas dalam perlawanan seri 1-1 menentang Genk.[31]
Vanden Borre memegang dua kewarganegaraan iaitu Belgium dan Republik Demokratik Congo. Vanden Borre bermain dalam perlawanan antarabangsa pertama bersama Belgium pada usia 16 tahun, beliau menggantikan Eric Deflandre pada minit terakhir apabila Belgium tewas 2-3 kepada Turki pada 28 April 2004. Setahun kemudian pada 4 Jun 2005, Vanden Borre membuat penampilan penuh dalam perlawanan seri 0-0 menentang Serbia dan Montenegro. Vanden Borre juga memasuki skuad Belgium dalam Kejohanan Bola Sepak bawah-17 UEFA 2007[32] dan Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing.[33]
Pada 13 Mei 2014, Vanden Borre telah disenaraikan dalam skuad Belgium untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[34]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala Liga | Lain | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | ||
Anderlecht | 2003–04[35] | Divisyen Pertama Belgium | 8 | 0 | 0 | 0 | — | 0 | 0 | 8 | 0 | |
2004–05[36] | Divisyen Pertama Belgium | 19 | 0 | 0 | 0 | — | 7[a] | 0 | 26 | 0 | ||
2005–06[37] | Divisyen Pertama Belgium | 22 | 3 | 0 | 0 | — | 8[b] | 0 | 30 | 3 | ||
2006–07[38] | Divisyen Pertama Belgium | 20 | 0 | 3 | 0 | — | 6[b] | 1 | 29 | 1 | ||
Jumlah | 69 | 3 | 3 | 0 | — | 21 | 1 | 93 | 4 | |||
Fiorentina | 2007–08[39] | Serie A | 2 | 0 | 1 | 0 | — | 2[c] | 0 | 5 | 0 | |
Genoa | 2007–08[40] | Serie A | 6 | 0 | 0 | 0 | — | — | 6 | 0 | ||
2008–09[41] | Serie A | 25 | 0 | 2 | 0 | — | — | 27 | 0 | |||
2009–10[42] | Serie A | 0 | 0 | 0 | 0 | — | 0 | 0 | 0 | 0 | ||
2010–11[43] | Serie A | 0 | 0 | 0 | 0 | — | — | 0 | 0 | |||
Jumlah | 31 | 0 | 2 | 0 | — | 0 | 0 | 33 | 0 | |||
Portsmouth (dipinjam) | 2009–10[44] | Liga Perdana Inggeris | 19 | 0 | 2 | 0 | 4 | 1 | — | 25 | 1 | |
Genk | 2010–11[45] | Liga Pro Belgium | 16 | 0 | 0 | 0 | — | — | 16 | 0 | ||
2011–12[46] | Liga Pro Belgium | 26 | 1 | 1 | 0 | — | 1[d] | 0 | 28 | 1 | ||
Jumlah | 42 | 1 | 1 | 0 | — | 1 | 0 | 44 | 1 | |||
Anderlecht | 2012–13[47] | Liga Pro Belgium | 1 | 0 | 0 | 0 | — | 0 | 0 | 1 | 0 | |
2013–14[48] | Liga Pro Belgium | 21 | 0 | 1 | 0 | — | 3[b] | 0 | 25 | 0 | ||
Jumlah | 22 | 0 | 1 | 0 | — | 3 | 0 | 26 | 0 | |||
Jumlah kerjaya | 185 | 4 | 10 | 0 | 4 | 1 | 27 | 1 | 226 | 6 |
# | Tarikh | Arena | Pihak lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 11 Mei 2006 | Wagner & Partners Stadion, Sittard, Belanda | Arab Saudi | Persahabatan |
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|title=
at position 10 (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Skuad Belgium | |
---|---|