Arba'een | |
---|---|
![]() | |
Nama rasmi | الأربعين |
Diraikan oleh/di | Syi'ah |
Jenis | Syi'ah, Alevi |
Kepentingan | 40 hari setelah Asyura |
Tarikh | 20 Safar |
Sebahagian daripada kategori berkaitan Islam |
Kebudayaan Islam |
---|
![]() |
Gaya hidup setempat masyarakat Islam |
Busana Muslim |
Hari Kebesaran |
Kesusasteraan |
Muzik |
Pertunjukan |
|
Reka bentuk Seni bina Islam |
|
Seni |
|
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Syiah |
---|
![]() |
Arba'een (Arab: اربعين , bermakna "empat puluh"), atau Chehlum, sebagai mana dikenali Muslim yang bertutur bahasa Parsi dan Urdu di Asia Tengah dan Tenggara, ialah suatu perayaan Muslim Syiah yang menandakan 40 hari selepas Hari Asyura, peringatan kematian Hussein bin Ali bin Abi Talib dalam Pertempuran Karbala. Hussein dan 72 pengikutnya meninggal pada 20 Safar 61 H (680 CE), dibunuh tentera Yazid. Empat puluh ialah tempoh biasa berkabung dalam sesetengah kebudayaan Islam.
Arbain atau empat puluh hari juga merupakan masa berkabung setelah kematian ahli keluarga atau orang tersayang dalam banyak tradisi Muslim. Arbain adalah salah satu perhimpunan ziarah terbesar di Bumi, di mana sehingga 40 juta orang pergi ke kota Karbala Iraq.[1][2]
Salah seorang sahabat Muhammad, Jabir bin Abdullah, tiba di Karbala bersamaan keluarga Hussein, 40 hari setelah Husain dibunuh. Sejak itu, upacara diadakan.[3]
Pada hari ini, orang ramai berkumpul di dekat kubur Hussein di Karbala, Iraq. Mereka berjalan sejauh 80 kilometer ke selatan Iraq ke Karbala di selatan. Upacara ini diadakan setiap tahun di bawah langkah keselamatan yang ketat.[5][6]
Melalui agama ini, kaum Syiah telah memperkukuhkan rasa solidariti dan jati diri mereka.
Muslim Sunni, Kristian dan Zoroastrian juga menghadiri acara tersebut setiap tahun.[7][8]
Semasa berjalan-jalan, penduduk tempatan menawarkan makanan percuma dan penginapan percuma untuk pelancong yang mencintai Husain.[9][10]