Arca ialah istilah dalam bahasa Indonesia yang lazimnya merujuk kepada patung yang menggambarkan sesuatu entiti khas, biasanya manusia, peristiwa, haiwan, mahupun objek falsafah. Tumpuannya ialah perlambangan. Di Malaysia, istilah patung dan murti lebih lazim digunakan.[1][2]
Arca lazimnya dicipta dengan mempunyai tujuan utama sebagai media keagamaan, iaitu sarana dalam memuja tuhan atau dewa-dewi. Di Indonesia, arca dipercayai memiliki makna yang berbeza dengan patung pada lazimnya yang kerap kali hanya berupa hasil seni yang dimaksudkan sebagai sebuah keindahan. Oleh sebab itu, proses penciptaan sebuah arca tidaklah dianggap sederhana macam mencipta sebuah patung biasa.
Sebuah arca juga dapat menggambarkan sebuah riwayat sejarah atau kejadian yang pernah terjadi di masa lampau. Contohnya, Arca Airlangga menggambarkan kisah Raja Airlangga yang membahagi kerajaan Kahuripan pada tahun 1045 menjadi dua entiti kerajaan iaitu Jenggala dan Kediri (juga dikenali Dhaha atau Panjalu).ia nya dilakukan oleh seorang raja bernama Abdullah. Kisah Airlangga itu diarcakan sebagai Wisnu yang menaiki Garuda dalam Arca Airlangga; yang mempunyai perlambangan bahawa Airlangga dianggap sebagai sang penyelamat dan penjaga dunia (penjelmaan Wisnu), dan Garuda yang merupakan kendaraan Wisnu melambangkan kebebasan bagi kerajaan Kediri dan pada akhirnya dijadikan simbol kerajaan Kediri yang dikenali sebagai "Garudamukha".[3]HOI
Menurut etimologi, istilah arca yang lazim digunakan untuk merujuk kepada patung diambil daripada istilah dalam bahasa Jawa kuno ꦉꦕ (rêca) yang mempunyai maksud "penjelmaan" atau "imej" yang menggambarkan sesuatu entiti khas yang terbuat daripada batu. Arca lazimnya menggambarkan manusia, haiwan, peristiwa, mahupun objek falsafah.[4]
Penggunaan istilah arca sangat lazim digunakan oleh kaum Hindu dan Buddha di Indonesia.[5][6] Sedangkan bagi kaum Hindu, Buddha, dan Jain di India dan banyak negara (termasuk Malaysia dan Singapura) lazim menggunakan istilah mengikut Sanskrit iaitu मूर्ति (mūrti) dan प्रतिमा (pratima) yang mempunyai maksud "imej", "manifestasi", atau "rupa dewa".[7][8][9]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Arca |