Asmahan | |
---|---|
![]() Asmahan | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Amal al-Atrash |
Kelahiran | Laut Mediterranean | 25 November 1912
Berasal dari | Suwayda, Syria ![]() |
Meninggal dunia | 14 Julai 1944 Mesir | (umur 31)
Genre | Muzik Arab (Mesir) |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Pengkarya berkait | Farid al-Atrash |
Amal al-Atrash (Arab: آمال الأطرش Āmāl al-Aṭrash; 25 November 1912– 14 Julai 1944),[1] lebih dikenali dengan nama pentasnya Asmahan (أسمهان Asmahān), adalah seorang penyanyi dan pelakon Duruzi Syria. Selepas berhijrah ke Mesir semasa kanak-kanak, keluarganya mengenali penggubah Dawood Hosni, dan dia menyanyikan gubahan Mohamed El Qasabgi dan Zakariyya Ahmad.[2][3] Dia turut menyanyikan gubahan Mohammed Abdel Wahab dan saudaranya Farid al-Atrash, ketika itu juga merupakan bintang pemuzik yang sedang berkembang sendiri. Dia merupakan satu-satunya suara wanita tunggal dalam muzik Arab yang memberikan saingan serius kepada Umm Kulthum,[4] yang dianggap salah seorang penyanyi yang paling menonjol di dunia Arab pada abad ke-20.[5] Kematiannya secara misteri dalam kemalangan kereta mengejutkan orang ramai. Pemberita menyebaran gosip mengenai kehidupan peribadinya yang bergelora dan tuduhan peranan mengintip semasa Perang Dunia Kedua.
Asmahan merupakan anak kepada pasangan Fahd al-Atrash, etnik Duruzi Syria dari Suwayda, dan 'Alia al-Mundhir, etnik Druze Lubnan dari Hasbaya.[6] Bapanya berasal dari suku al-Atrash Duruzi, terkenal di Syria bagi peranannya dalam pertempuran menentang penjajahan Perancis di Syria.[7]