Azman Warren | |
---|---|
Kelahiran | 1960 (umur 63–64) Batu Pahat, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Genre | Pop, akustik |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu, pemuzik |
Instrumen | Vokal, gitar |
Tahun aktif | 1980–kini |
Syarikat rakaman | Roslan Aziz Productions (RAP) |
Pengkarya berkait | Afdlin Shauki, Zainalabidin, Zubir Ali, Amir Yussof, Sheila Majid |
Azman Warren ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan pemuzik Malaysia. Beliau memperoleh pengiktirafan meluas menerusi penglibatannya dalam album kompilasi Ikhlas (1991).[1] Beliau juga ialah vokalis dan ketua kumpulan Karma.[2][3] Album solo pertamanya, Karma dikeluarkan pada 1998.[4]
Azman dilahirkan di Batu Pahat, Johor kepada ibu bapanya yang berketurunan Melayu-Inggeris dan merupakan anak kelima daripada lapan beradik.[2] Beliau berpindah ke Australia pada usia 13 tahun dan menetap di sana selama 16 tahun.[3] Beliau merupakan lulusan falsafah dan pernah mempelajari Hukum Einstein ketika berusia 14 tahun.[2]
Sepanjang tempoh menetap di Australia,[5] Azman pernah bergiat aktif bersama The Teenage Roadshow, satu inisiatif yang dipelopori oleh dermawan dan bekas tentera, Gil Weaver dan dibiayai oleh Majlis Australia. Ia mengadakan lawatan ke seniman dan pemuzik untuk mendekati masyarakat dan penjara di utara negara yang kurang bernasib baik.[3]
Selepas 16 tahun menetap di Australia, beliau pulang ke Malaysia di mana beliau menandatangi kontrak bersama Roslan Aziz Productions (RAP) milik Roslan Aziz.[6][7] Azman muncul dalam album kompilasi Ikhlas (1991) yang turut menampilkan Zainal Abidin, Zubir Ali, Afdlin Shauki, Amir Yussof dan Sheila Majid.[2][3] Dalam album kompilasi itu, Azman menyumbangkan 3 lagu, yang mana 2 daripadanya bersama kumpulan Karma. Beliau bersama 5 artis RAP menjayakan persembahan di konsert Ikhlas yang berlangsung pada 25 Disember 1992 di Stadium Negara.
Album pertama Azman, Karma, dikeluarkan pada 1998,[8][9][10] namun tidak mendapat banyak perhatian. Bagaimanapun, album ini melayakkan beliau dicalonkan untuk Artis Baru Lelaki Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1999, namun dimenangi oleh Anuar Zain.[2][3] Setelah album solonya dilancarkan, beliau mula membangun rangkaian hubungan perniagaan, namun masih terus aktif dalam bidang muzik.[2]
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Karma |
|
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Ikhlas |
|
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Ballad of Juliet" | 1991 |
"Mercy" |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1999 | Anugerah Industri Muzik ke-6 | Artis Baru Lelaki Terbaik | Dirinya sendiri | Tercalon |
Album Rock Terbaik | Karma | Tercalon |