Koordinat: 3°7′51″N 101°40′10″E / 3.13083°N 101.66944°E / 3.13083; 101.66944

Bangsar (Jawi: بڠسر) atau juga Bungsar (melayu lama) ialah sebuah kawasan penempatan dan hiburan popular yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Bangsar terletak kira-kira 4 km di barat daya pusat bandar raya dan untuk pemandu kereta ini mengambil masa 10 minit dari pusat bandar raya. Bangsar terdiri daripada beberapa kawasan utama yang merangkumi kawasan perniagaan, kewangan, perubatan, pendidikan, hiburan, beli belah dan penempatan mewah dan kos rendah.

Etimologi

Nama kawasan ini datang daripada singkatan nama estet getah Bunge-Grisar[1] yang dibuka oleh Edouard Bunge dan Alfred Grisar dari Belgium. Bunge dan Grisar merupakan ahli lembaga dalam syarikat Kuala Lumpur Rubber Co. Ltd. (KLR) yang diperbadankan pada 19 Mei 1906 untuk menanam pokok getah sekitar Kuala Lumpur mengambil kesempatan harga getah yang melambung dengan perkenalan kereta yang memerlukan tayar getah pneumatik menggantikan kereta kuda di Amerika Syarikat.[2]

Komponen Bangsar

Bangsar Village

Perniagaan

Terdapat beberapa pejabat penerbitan surat khabar utama negara di Bangsar. Ibu pejabat New Straits Times Press, syarikat penerbit bagi suratkhabar New Straits Times, New Sunday Times, Berita Harian, Berita Mingguan, Harian Metro dan Metro Ahad, terletak di Jalan Riong. Pejabat China Press juga terletak di Jalan Riong. Berita web Malaysiakini beroperasi melalui pejabatnya di Jalan Kemuja.

Ibu pejabat syarikat bekalan elektrik dan air negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), terletak di sekitar Jalan Bukit Pantai. Bangunan ibu pejabat TM (Telekom Malaysia), Menara TM, juga terletak berhampiran dengan Bangsar.

Dataran Maybank, ibu pejabat bagi urusan insurans Maybank (Mayban), terletak di persimpangan Jalan Maarof dan Jalan bangsar.

Prasarana

Perubatan

Pusat Perubatan Pantai (Pantai Medical Centre) adalah hospital swasta yang terletak di Jalan Bukit Pantai. Pusat Perubatan Universiti Malaya(UMMC) pula merupakan hospital kerajaan yang mengambil kira-kira lima minit masa memandu, walaupun capaiannya adalah dari Petaling Jaya.

Terdapat juga Poliklinik Bangsar, sepanjang Jalan Bangsar, klinik kerajaan yang melayan keperluan kesihatan penduduk sekitar.

Pendidikan

Bangsar mempunyai 4 sekolah rendah:

serta 2 sekolah menengah:

Tadika dan tabika biasanya dikendali menggunakan bangunan rumah.

Institut Sains Kesihatan dan Kejururawatan Pantai (Pantai Institute of Health Science and Nursing) terletak di kawasan Pusat Perubatan Pantai.

Terdapat banyak pusat tuisyen yang beroperasi bagi membimbing pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan ini. Antaranya:

Kelas drama, ballet dan muzik turut dikendali di premis pejabat atau rumah.

Institusi pengajian tinggi awam terulung Malaysia, Universiti Malaya, meskipun bukannya terletak di Bangsar, boleh dicapai dalam masa memandu lima minit. Keduda-dua kampus UM dan UMMC terletak di sempadan Petaling Jaya dan Bangsar. Terlingkung dalam visiniti kampus tersebut ialah Maktab Perguruan Raja Muda dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Pusat membeli-belah

Bangsar juga turut terkenal dengan Pusat Membeli-belah Bangsar Village, menawarkan aneka produk pilihan pengguna mengikut trend masa kini.

Pengangkutan

Bangsar mudah dicapai dari mana-mana tempat di Kuala Lumpur, cuma memerlukan 10 minit memandu dari pusat bandaraya. Bangsar juga dihubungkan ke Petaling Jaya melalui Lebuhraya Persekutuan.

Lebuhraya Pantai Baru bermula di Jalan Bangsar dan melalui Pantai Dalam, Kuchai Lama, Jalan Klang Lama, Bandar Sunway dan berakhir di Subang Jaya. Lebuhraya Sprint di hujung utara Jalan Maarof berhubung ke Bukit Damansara, Jalan Duta, Sri Hartamas, Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Damansara-Puchong dan beberapa kawasan subbandar di Petaling Jaya.

Agak susah untuk mencari tempat letak kereta di Bangsar. Meletak kereta di tepi jalan, sungguhpun murah, namun agak jarang. Meletak kereta berganda juga diterima sebagai amalan para pemandu. Parkir swasta boleh dijumpai di pusat komersial (kecuali di Lucky Garden), namun mahal juga tambangnya. Pada masa dahulu, pemandu kereta sering dibantu jaga kereta dan sekarang pula pembantu valet.

Stesen LRT Bangsar dan Stesen LRT Abdullah Hukum (Rapid KL Aliran Kelana Jaya) terletak di sepanjang Jalan Bangsar. Stesen LRT Kerinchi dan Stesen LRT Universiti juga turut berdekatan.

Memandu ke Bangsar dari KL Sentral mengambil 5 minit, dan hab pengangkutan utama tersebut terletak di Brickfields yang berdekatan.

Perkhidmatan bas yang melalui Bangsar adalah seperti berikut:

Banyak lagi perkhidmatan bas Rapid KL yang menuju pusat bandaraya dan negeri Selangor turut berkhidmat di Jalan Bangsar:

Peta rangkaian Kawasan 5 dan 6 Rapid KL menerangkan laluan bas tersebut secara terperinci.

Terdapat juga perkhidmatan Metrobus yang melalui Jalan Bangsar menuju terus ke Petaling Jaya dan Subang Jaya.

First Coach menawarkan perkhidmatan bas dari Lengkok Abdullah (berdekatan dengan Stesen LRT Bangsar dan Jalan Bangsar 7-Eleven) hingga ke Singapore's Novena Square (berdekatan Stesen MRT Novena).

Wakil Dewan Rakyat

Lembah Pantai P121

Tokoh Bangsar yang terkenal

Jenayah berprofil tinggi

Rujukan

  1. ^ French Memories in Malaysia, pameran di Muzium Negara Malaysia, Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kedutaan Perancis dan Ecole Francaise d'Extreme – Orient, September 2002.
  2. ^ Kuala Lumpur Kepong Berhad, Annual Report, 2005.
  3. ^ "Opposition Win Will Only Bring A Day Of Happiness For Voters" (dalam bahasa Inggeris). Bernama. 2004. Dicapai pada 30 September 2006. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar