Sebuah bas dua tingkat New Routemaster kendalian Arriva London di laluan London Buses nombor 73.

Bas (Jawi: بس) merupakan sebuah kenderaan pengangkutan awam jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang lebih ramai daripada muatan kereta atau van selain pemandu dan kadang-kadang konduktor bas.

Pemandu bas memerlukan lesen kenderaan besar khas selain lesen memandu sendiri.

Etimologi

Kereta kuda "Omnibus" Paris, lewat abad ke-19.

Perkataan "bas" meminjam daripada bahasa Inggeris bus, kata ini berasal daripada kependekan kata sifat bahasa Latin omnibus[1] ("untuk semua") daripada bentuk jamak datif omnis/omne ("semua").[2] Nama kenderaan ini asalnya dalam bahasa Perancis voiture omnibus[1] ("kenderaan untuk semua") daripada perkhidmatan pengangkutan ramai dimulakan pada tahun 1823 oleh seorang pemilik kilang tepung Perancis bernama Stanislas Baudry di Richebourg, luar bandar raya Nantes. Kilang tepung Baudry menghasilkan air panas sebagai keluaran sampingan, oleh itu beliau mendirikan sebuah perniagaan spa. Beliau memulakan perkhidmatan kereta kuda dari pusat bandar raya Nantes ke spa tersebut. Perhentian pertama kereta-kereta beliau ialah kedai seorang tukang topi bernama Omnés yang memasangkan papan tanda tertulis nama "Omnes Omnibus" yang bermain kata dengan nama keluarga Omnés yang berbunyi seperti kata bahasa Latin omnis/-e ("semua") di atas.[2] Oleh itu, nama kedai tukang topi ini membawa maksud "Omnés untuk semua", atau "semua benda untuk semua orang".

Rancangan Baudry sungguh berjaya walaupun tidak seperti yang diharapkan beliau kerana banyak penumpang perkhidmatan beliau tidak melawat spa beliau. Beliau menjadikan perkhidmatan pengangkutan ini usaha niaga utamanya dan menutup kilang dan spanya.[3] Para penduduk bandar Nantes tidak lama kemudian menggelarkan kenderaan beliau "omnibus".[1]

Jenis perkhidmatan bas

Bas transit tempatan di Canberra, ACT.

Terdapat juga Bas Ekspres Eksekutif yang mengenakan tambang lebih mahal tetapi dengan beberapa kelebihan seumpama layanan di dalam kapalterbang merangkumi keselesaan, makanan dan minuman serta ruang duduk yang lebih luas.

Jenis-jenis bas

Bas Biarticulated (Expresso Biarticulado) di Curitiba, Brazil.
Bas ekspres yang diletakkan di Chichen Itza, Mexico.

Pengeluaran bas

Asalnya kebanyakan pembina bas terdiri daripada pembina badan kereta kuda, dan kemudiannya pengeluar kereta dan lori. Bas terawal biasanya terdiri daripada badan bas yang dipasang pada sistem kerangka lori. Pendekatan badan campur kerangka ini berterusan sehingga membawa kepada pengeluar moden khusus, di mana enjin bas yang menggunakan enjin diesel dibina oleh sesebuah syarikat tertentu, manakala kerangka dan badan dibina oleh syarikat yang berlainan. Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat khusus yang membina sepenuhnya bas, daripada enjin sehinggalah kepada badan bas. Kerangka terkini jenis Monocoque didakwa lebih ringan dan lebih selamat sehingga mencapai tahap ECE R66.[9][10]

Pengeluar bas moden kini turut menyertakan peralatan berteknologi canggih seperti sistem pemantauan GPS, Wi-Fi dalam kenderaan, permainan komputer, skrin LCD Peribadi, tempahan tiket secara atas talian serta sistem maklumat penumpang elektronik di dalam bas bagi menambah kecekapan operasi sistem pengangkutan bas.

Galeri

Lihat juga

Nota dan rujukan

  1. ^ a b c Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Omnibus" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 20 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 104.
  2. ^ a b Marchant, J.R.V.; Charles, Joseph F., penyunting (1928). Cassell's Latin Dictionary (ed. Revised).
  3. ^ "La préhistoire des transports urbains" [Prasejarah pengangkutan bandar] (dalam bahasa Perancis). Chelles, Seine-et-Marne, Perancis: Transportation Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2021. Dicapai pada 22 Februari 2019.
  4. ^ bateri Diarkibkan 4 Mac 2016 di Wayback Machine
  5. ^ 2+2[pautan mati kekal]
  6. ^ 2+1[pautan mati kekal]
  7. ^ Bas Ekspres dua tingkat
  8. ^ Semi Hi-Decker Diarkibkan 21 Julai 2015 di Wayback Machine
  9. ^ Lee, Patrick (8 Julai 2013). "Monocoque buses offer better deal". The Star. Dicapai pada 22 April 2022.
  10. ^ Jones, Norman; Brebbia, C. A. (2010). Structures Under Shock and Impact XI. m/s. 42. ISBN 978-1-84564-466-6.

Pautan luar