Koordinat: 33°53′13″N 35°30′47″E / 33.88694°N 35.51306°E
Beirut
| |
---|---|
Nama panggilan: Paris of the East[1] | |
Cogan kata: Berytus Nutrix Legum (Latin) Beirut, ibu kepada undang-undang | |
Koordinat: 33°53′53″N 35°30′21″E / 33.89806°N 35.50583°EKoordinat: 33°53′53″N 35°30′21″E / 33.89806°N 35.50583°E((#coordinates:)): tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman | |
Negara | Lubnan |
Kegabenoran | Beirut |
Pentadbiran | |
• Gabenor | Marwan Abboud |
• Datuk bandar | Abdallah Darwish |
Keluasan | |
• Ibu negara dan kawasan perbandaran | 67 km2 (26 batu persegi) |
Penduduk (2017)[2] | |
• Ibu negara dan kawasan perbandaran | s. 433,249 |
• Metro | s. 2,145,527 |
Demonim | Beiruti |
Zon waktu | UTC+2 (EET) |
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) |
Kod kawasan | +961 (01) |
Kod ISO 3166 | LB-BA |
Penaung Saint | Santo Georgios |
Laman sesawang | www |
Beirut (بيروت Bayrūt) merupakan ibu negara, bandar raya terbesar dan pelabuhan laut utama Lubnan. Orang Perancis memanggilnya "Beyrouth". Bandar raya ini berpenduduk 1.5 juta rakyat di bandar, dan 2.1 juta rakyat di sekitar metropolitan.
Beirut adalah pusat komersil serantau dan diberi gelaran sebagai "Paris Timur Tengah" disebabkan persekitaran kosmopolitan yang wujud dalam kota itu sebelum meletusnya Perang Saudara Lubnan.
Sebelum Israel mengebom pada Julai 2006 dan pembunuhan bekas Perdana Menteri Rafic Hariri tahun 2005, Beirut telah membina semula bandar-bandar yang ketinggalan dan bersedia menganjurkan Francophone Games tahun 2009. Beirut merupakan calon Sukan Olimpik 2024 musim panas. Projek Sannine Zenith akan membuat Lubnan mampu mengajurkan acara sukan terbesar di rantau teluk itu.
Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia Barat (ESCWA) beribu pejabat di Downtown Beirut. Manakala Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan UNESCO (Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Berpendidikan, Organisasi Saintifik dan Kebudayaan) mempunyai ibu pejabat serantau di Beirut bagi menjaga Dunia Arab.
Penerbangan Arab Air juga beribu pejabat di Beirut.
Beirut telah diletakkan bandar raya ke-10 dunia oleh majalah Travel and Leisure bagi tahun 2006.
Nama bahasa Arab kota ini datang daripada perkataan bahasa Phoenicia Bêrūt, Berot atau Birut (𐤁𐤓𐤕 Brt ) diakar daripada be'rot bermaksud "perigi" (bandingkan dengan kata seasal ia dalam Arab: بئر, rumi: bi'r ) yakni muka air tanah yang menjadi sumber air utama kawasan tersebut.[3][4] Nama ini pertama kali muncul dalam artifak bertulisan pepaku abad ke-15 SM[4] yang merupakan perutusan dari Raja Ammunira yang memerintah kota tersebut[5][6] kepada Amenhotep III atau Amenhotep IV di Mesir[7] serta perutusan dari Rib-Hadda raja Byblos.[8]
Pada 140 SM, bandar raya Beirut dimusnahkan oleh Diodotus Tryphon ketika berperang dengan Antiochus VII Sidetes bagi merebut takhta Seleucid.
Kajian arkeologi tahun 1994 mendapati terdapat jalan-jalan purba di Souk Tawile yang berkait dengan zaman Hellenistic.
Duit syiling bagi Berytus memaparkan gambar ketua Tyche, dewi nasib dan seekor dolfin serta sauh. Lambang ini telah dibawa naik sehingga awal Aldus Manutius dalam abad Ke-15 Venice.
Pada 4 Ogos 2020, Beirut digegarkan daengan beberapa letupan yang menyebabkan ratusan orang maut dan ribuan cedera. Ratusan ribu terpaksa dipindahkan akibat kemusnahan di kawasan persisir bandar.
Kota Beirut berklim Mediterranean (Köppen: Csa) yang dipengaruhi bayu laut ditiup ke pesisiran kota dari arah barat sebelah siang dan arah terbalik sebelah malam.
Turunan hujan tahunan disukat sebanyak is 825 milimeter (32.5 in), di mana hujan turun paling banyak dari bulan-bulan Oktober hingga April.
Data iklim untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tinggi suhu, °C (°F) | 27.9 (82.2) |
30.5 (86.9) |
36.6 (97.9) |
39.3 (102.7) |
39.0 (102.2) |
40.0 (104.0) |
40.4 (104.7) |
39.5 (103.1) |
37.5 (99.5) |
37.0 (98.6) |
33.1 (91.6) |
30.0 (86.0) |
40.4 (104.7) |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 17.4 (63.3) |
17.5 (63.5) |
19.6 (67.3) |
22.6 (72.7) |
25.4 (77.7) |
27.9 (82.2) |
30.0 (86.0) |
30.7 (87.3) |
29.8 (85.6) |
27.5 (81.5) |
23.2 (73.8) |
19.4 (66.9) |
24.3 (75.7) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 14.0 (57.2) |
14.0 (57.2) |
16.0 (60.8) |
18.7 (65.7) |
21.7 (71.1) |
24.9 (76.8) |
27.1 (80.8) |
27.8 (82.0) |
26.8 (80.2) |
24.1 (75.4) |
19.5 (67.1) |
15.8 (60.4) |
20.9 (69.6) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 11.2 (52.2) |
11.0 (51.8) |
12.6 (54.7) |
15.2 (59.4) |
18.2 (64.8) |
21.6 (70.9) |
24.0 (75.2) |
24.8 (76.6) |
23.7 (74.7) |
21.0 (69.8) |
16.3 (61.3) |
12.9 (55.2) |
17.7 (63.9) |
Rekod rendah suhu, °C (°F) | 0.8 (33.4) |
3.0 (37.4) |
0.2 (32.4) |
7.6 (45.7) |
10.0 (50.0) |
15.0 (59.0) |
18.0 (64.4) |
19.0 (66.2) |
17.0 (62.6) |
11.1 (52.0) |
7.0 (44.6) |
4.6 (40.3) |
0.2 (32.4) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 154 (6.1) |
127 (5.0) |
84 (3.3) |
31 (1.2) |
11 (0.4) |
1 (0.0) |
0.3 (0.01) |
0 (0) |
5 (0.2) |
60 (2.4) |
115 (4.5) |
141 (5.6) |
730 (28.7) |
Purata bilangan hari hujan | 12 | 10 | 8 | 5 | 2 | 2 | 0.04 | 0.1 | 1 | 4 | 7 | 11 | 62 |
Purata kelembapan relatif (%) | 64 | 64 | 64 | 66 | 70 | 71 | 72 | 71 | 65 | 62 | 60 | 63 | 66 |
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari | 131 | 143 | 191 | 243 | 310 | 348 | 360 | 334 | 288 | 245 | 200 | 147 | 2,940 |
Sumber 1: Pogodaiklimat.ru[9] | |||||||||||||
Sumber 2: Danish Meteorological Institute (sun 1931–1960)[10] |
Jan | Feb | Mar | Apr | May | Jun | Jul | Aug | Sep | Oct | Nov | Dec |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
18.5 °C (65.3 °F) | 17.5 °C (63.5 °F) | 17.5 °C (63.5 °F) | 18.5 °C (65.3 °F) | 21.3 °C (70.3 °F) | 24.9 °C (76.8 °F) | 27.5 °C (81.5 °F) | 28.5 °C (83.3 °F) | 28.1 °C (82.6 °F) | 26.0 °C (78.8 °F) | 22.6 °C (72.7 °F) | 20.1 °C (68.2 °F) |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Beirut. |