Bell 212 Twin Huey | |
---|---|
| |
Peranan | Helikopter |
Pengeluar | Bell Helicopter |
Diperkenalkan | 1968 |
Pengguna utama | CHC Helicopter |
Dibangunkan dari | Bell 204/205 |
Kelainan | UH-1N Twin Huey Bell 412 |
Helikopter Bell 212 Twin Huey merupakan helikopter sederhana dengan kipas dua bilah, engin kembar dan pertama kali terbang pada 1968. Dikeluarkan oleh syarikat Bell Helicopter di Mirabel, Quebec, Kanada. Bell 212 digunakan untuk penerbangan awam dan tempat duduk boleh dilaraskan kepada 14 kerusi penumpang dan 1 juruterbang. Untuk tujuan pengangkutan kargo, helikopter ini boleh mengangkut 6.23 m³ hingga 5,000 lb (2,268 kg).
Helikopter ini diasaskan dari Bell 205.Dibangunkan untuk tentera Kanada sebagai CUH-1N dan direka sebagai CH-135. Tentera Kanada memiliki 50 buah pada Mei 1971.Kemudian tentera Amerika Syarikat menempah 294 buah Bell 212 -UH-1N.
Pada 1971 Bell 212 digunakan untuk pengangkutan awam oleh Helicopter Service AS di Norway Kini ia digunakan dalam operasi pembalakan, operasi penyelamat di laut dan penghantaran bekanan di Artik.