Biasiswa ialah suatu bantuan kewangan dikhaskan untuk pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka sama ada pada peringkat rendah di sekolah mahupun peringkat tinggi di universiti. Ia diberikan berdasarkan pelbagai kriteria yang mencerminkan nilai dan tujuan penderma atau pemberi dana tersebut. Duit biasiswa tidak perlu dibayar semula.[1][2]
Perkataan ini datang hasil penggabungan dua komponen dalam bahasa Sanskrit: bia- — daripada व्यय vyaya[3] (seakar perkataan "biaya") — bermaksud "ongkos...wang"[4]:31-32 atau pembayaran,[3] dan siswa — daripada शिष्य śiṣya[5] — bermaksud "murid; yang menuntut ilmu"[4]:322 atau "pelajar".[5]