Bibik-Bibikku | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | MF Kenchana |
Pengarah | Khalid Nadzri |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Bibik-Bibikku" oleh Aesar Mustafa |
Lagu penutup | "Bibik-Bibikku" oleh Aesar Mustafa |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 18 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Yie Arjunasukma Norley Aimi Nadiah Shaari |
Penerbit | Arisz Abd Rahman |
Tempoh siaran | 40–41 minit |
Syarikat penerbitan | Mache All Star United |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 6 Jun 2016 – 7 Julai 2016 |
Bibik-Bibikku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016, dibintangi oleh Fasha Sandha dan Ungku Ismail Aziz.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 6 Jun 2016 hingga 7 Julai 2016, kemudian diulang siar di Slot Dahlia TV3 dari 28 Ogos 2016 hingga 8 Oktober 2016.[2]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]
Cerita romantik komedi berkisar sebuah keluarga yang tinggal di bandar. Doktor Hanafi dan isterinya, Puan Qaisara (suri rumah) mempunyai dua orang anak, Alif dan Erin. En Hanafi dan Pn Qaisara adalah pasangan muda yang berkahwin awal. Kehidupan En Hanafi dan Pn Qaisara, walaupun sudah 8 tahun mendirikan rumah tangga, mereka masih lagi bergurau senda dan saling cemburu antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi, En Hanafi doktor yang muda dan ramai gadis-gadis terpikat kepadanya mendatangkan kegusaran di hati Pn Qaisara.
Pn Qaisara sebagai ibu muda, walaupun baru berusia 27 tahun, dia tetap nampak cun cantik dan ramping pinggangnya. Pernah juga dia dingorat dan disangka masih anak dara. Ia membuatkan En Hanafi sedikit cemburu. Pelbagai konflik berlaku di rumah mereka disamping melayani ragam pembantu rumah dengan pelbagai kerenah.