Chongqing
重庆 | |
---|---|
Perbandaran | |
Perbandaran Chongqing · 重庆市 | |
Pemandangan Chongqing | |
Negara | Republik Rakyat China |
Bahagian peringkat daerah | 40 |
Bahagian peringkat bandar | 1259 |
Diduduki | ca. 316 SM |
Pentadbiran | |
• CPC Chongqing | Bo Xilai (Setiausaha Jawatankuasa) |
• Datuk Bandar | Huang Qifan |
Keluasan (tempat ke-26) | |
• Perbandaran | 82,300 km2 (31,800 batu persegi) |
Aras | 435 m (1,427 ft) |
Penduduk (2006) | |
• Perbandaran | 31,442,300 |
• Kepadatan | 380/km2 (990/batu persegi) |
• Bandar | 5,087,197 |
• Kedudukan di China | Populations: ke−20; Kepadatan: ke−12 |
• Major Bangsa | Han - 91% Tujia - 5% Miao - 2% |
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Piawai China) |
Postal code | 4000 00 - 4099 00 |
Kod kawasan | 23 |
Awalan nombor plat kenderaan | 渝 A, B, C, F, G, H |
ISO 3166-2 | CN-50 |
KDNK (2009) | CNY 652.7 billion |
- per capita | CNY 22,909 |
IPM (2006) | 0.764 (ke-18) — sederhana |
Laman sesawang | (Cina) www.cq.gov.cn (Inggeris) english.cq.gov.cn/ |
Ficus lacor Camellia (Camellia japonica) |
Chongqing | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 重庆 | ||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 重慶 | ||||||||||||
Pos | Chungking | ||||||||||||
Maksud harfiah | keraian berganda | ||||||||||||
|
Chongqing (Cina ringkas: 重庆 ; pinyin: Chóngqìng; Ejaan peta pos: Chungking; Wade-Giles: Ch'ung-ch'ing) ialah sebuah bandaraya besar di kawasan tengah barat China. Dari segi pentadbiran, Chongqing ialah salah satu daripada empat kawasan perbandaran berperingkat wilayah di Republik Rakyat China, dan satu-satunya perbandaran sebegini di China barat. Perbandarannya diasaskan pada 14 Mac 1997 sebagai ganti kepada pentadbiran bandaraya subwilayah yang pernah menganggotai wilayah Sichuan. Kawasan perbandaran Chongqing didiami oleh 31,442,300 penduduk berdaftar tepat pada tahun 2005.[1] Sempadan perbandaran Chongqing lebih menjangkaui tiga kawasan perbandaran peringkat wilayah yang lain (Beijing, Shanghai dan Tianjin), dan kebanyakan kawasan pentadbiran seluas lebih 80 000 km², adalah luar bandar. Bidang kuasanya meliputi 19 daerah, 17 kaunti, dan empat kaunti berautonomi. Bilangan penduduk kawasan bandaraya Chongqing sebenar ialah 5.09 juta orang (2000).[2]
Singkatannya, iaitu Yú (渝 ) yang dipetik dari nama lama sebahagian Sungai Jialing yang mengalir melalui Chongqing hingga ke Sungai Yangtze, diluluskan oleh Majlis Negara pada 18 April 1997. Chongqing juga pernah menjadi sebuah kawasan perbandaran dalam pentadbiran Republik China, yang berfungsi selaku ibu negara sementara ketika Perang China-Jepun Kedua.
Chongqing yang terletak bersebelahan dengan Penara Yungui, direntasi oleh Sungai Jialing dan hulu Sungai Yangtze. Ia merangkumi Daba Shan di utara, Wu Shan di timur, Wuling Shan di tenggara, dan Gunung Dalou di selatan.
Kawasan Perbandaran Chongqing dibahagi kepada 40 subbahagian peringkat daerah, iaitu 19 daerah, 17 kaunti dan empat kaunti berautonomi.
|
|
Nama Pinyin | Hanzi | Hubungan lalua |
---|---|---|
Pengshui Miao dan Tujia | 彭水苗族土家族自治县 | Qianjiang |
Shizhu Tujia | 石柱土家族自治县 | |
Xiushan Tujia dan Miao | 秀山土家族苗族自治县 | |
Youyang Tujia dan Miao | 酉阳土家族苗族自治县 |
a Menunjukkan daerah yang mana pernah disertai oleh bahagian berkenaan sebelum pergabungan Chongqing, Fuling, Wanxian (kini Wanzhou) dan Qianjiang pada tahun 1997.
Kawasan bandar di Perbandaran Chongqing (重庆主城区市区) merangkumi daerah-daerah berikut:
Chongqing mengalami iklim subtropika lembap, dengan variasi monsun dua musim yang biasa ditemui di Asia Selatan.
Sebagai salah satu daripada "Three Furnaces" di China, Chongqing mengalami antara musim panas yang paling terik di China. Suhunya boleh mencapai 47 °C (117 °F), dengan purata tinggi 37 °C (99 °F) pada bulan ogos. Walaupun dalam cuaca terpanas, namun anginnya sejuk, maka adalah mudah untuk menahan suhu sebegitu tinggi. Musim sejuknya agak sederhana, tetapi lembap dan mendung ; suhu purata tinggi adalah 9 °C (48 °F) pada bulan Januari. Pada 1024 jam sahaja, Chongqing menerima antara jumlah sinaran matahari tahunan terendah di China.
Suhu dan kerpasan purata untuk Chongqing(1961-1990) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Suhu tinggi purata °C (°F) | 9.4 (49) |
11.5 (53) |
16.8 (62) |
22.1 (72) |
25.7 (78) |
28.3 (83) |
32.2 (90) |
33.0 (91) |
26.4 (80) |
21.3 (70) |
15.8 (60) |
10.9 (52) |
21.1 (70) |
Suhu rendah purata °C (°F) | 5.6 (42) |
7.0 (45) |
10.9 (52) |
15.1 (59) |
18.8 (66) |
21.7 (71) |
24.4 (76) |
24.5 (76) |
20.4 (69) |
16.1 (61) |
11.6 (53) |
7.1 (45) |
15.3 (60) |
Kerpasan mm (inci) | 20.1 (0.8) |
19.9 (0.8) |
33.6 (1.3) |
110.1 (4.3) |
156.4 (6.2) |
163.9 (6.5) |
178.1 (7) |
136.5 (5.4) |
132.5 (5.2) |
90.8 (3.6) |
49.3 (1.9) |
27.1 (1.1) |
1,118.3 (44) |
Sumber: 中国气象局 国家气象信息中心 2009-09-24 |
Chongqing terkenal kerana kabut tebalnya dan teruk menderita daripada pencemaran udara berlebihan. Cuaca berkabus paling ketara pada musim bunga dan sejuk, dan daripada itulah bandaraya ini diberi timangan "Ibu Kota Kabut" (Bahasa Cina: 雾都 ).
Didahului oleh Guangzhou |
Ibu negara China 1937-1945 |
Diikuti oleh: Nanjing |
Didahului oleh Guangzhou |
Ibu negara Republik China (ketika Perang Saudara China) 1949 |
Diikuti oleh: Chengdu |
|
|
|author=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Chongqing |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Chongquing. |
Templat:Chongqing