Bandar Cukai | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negeri | Terengganu |
Daerah | Daerah Kemaman |
Keluasan | N/A |
Bilangan penduduk | 17,155 orang (2012)[1] |
Chukai atau Cukai merupakan bandar dan pusat pentadbiran daerah Kemaman, Terengganu, Malaysia. Terletak pada latitud 4° 15' Utara dan longitud 103° 25' Timur, ia adalah sebuah bandar yang bersempadan dengan negeri Pahang dan mempunyai bilangan penduduk melebihi 100 000 ribu orang. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Kemaman mengadap Laut China Selatan. Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai.
Nama Chukai ataupun Cukai dipercayai berasal dari amalan mengenakan cukai dan eksais di sini semasa zaman penjajahan British. Pada ketika itu, bandar ini merupakan sebuah pelabuhan sungai yang terlibat dalam perdagangan import-eksport.
Sejarawan Mesir bernama Ptolemy yang membuat peta dunia termasuk Semenanjung Tanah Melayu menyebut Kemaman sebagai Kole. Kuala Terengganu pula sebagai Primula. Sekitar tahun 1700, Che Wan Teh keturunan bangsawan Kuala Pahang telah berhijrah ke sini berikutan sengketa di Pahang.[perlu rujukan]
Beliau peneroka pertama Kampung Bukit Mengkuang . Sebelum itu orang Sakai (orang asli) telah lama mendiami kawasan ini. Setelah kedatangan orang Melayu, orang Sakai berhijrah jauh di pedalaman Kemaman. Kemudian Che Wan Teh pindah ke Tanjung Geliga di muara Sungai Kemaman bagi mencari kawasan lebih selamat.[perlu rujukan] Seterusnya pindah ke Chukai yang lebih stabil dan selamat daripada ancaman lanun. Versi lain pula menyatakan Kemaman diteroka oleh Lebai Saris @ Saras seorang bangawan Patani, Siam.
Kemaman juga mempunyai beberapa tinggalan sejarah seperti satu kawasan peranginan (Telaga Simpul) yang pernah disinggahi oleh Munshi Abdullah pada satu masa dahulu.
Kini, terdapat pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) hasil dari kutipan pelbagai cukai dan duti termasuklah cukai dan duti dari industri petroleum dan gas. Ini kerana bandar Kerteh yang terkenal sebagai pusat industri petroleum dan gas adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kemaman.
Daerah | ||
---|---|---|
Bandaraya | Kuala Terengganu (ibu negeri) | |
Bandar | Ajil • Bandar Al-Muktafi Billah Shah • Bandar Ketengah Jaya • Bandar Permaisuri • Bandar Seri Bandi • Batu Rakit • Bukit Besi • Chukai • Gong Kedak • Jabur • Jerangau • Jerteh • Kemasik • Kerteh • Kijal • Kuala Besut • Kuala Berang • Kuala Dungun • Marang • Merchang • Paka • Pasir Raja • Rantau Abang • Rasau Kerteh • Seberang Takir • Teluk Kalung • Wakaf Tapai • Putera Jaya • Seri Langkap • Gong Badak | |
Jambatan | ||
Pantai | Pantai Air Tawar • Pantai Batu Buruk • Pantai Batu Pelanduk • Pantai Batu Rakit • Pantai Bukit Keluang • Pantai Kelulut • Pantai Kemasik • Pantai Kuala Ibai • Pantai Mengabang Telipot • Pantai Lembah Bidong • Pantai Merang • Pantai Pandak • Pantai Penarik • Pantai Penunjuk Kijal • Pantai Rantau Abang • Pantai Kuala Abang • Pantai Rusila • Pantai Tanjung Jara • Pantai Teluk Bidara • Pantai Teluk Gadung • Pantai Teluk Kalong • Pantai Teluk Ketapang • Pantai Teluk Lipat • Pantai Teluk Mak Nik • Pantai Tok Jembal | |
Pulau | ||
Istana | ||
Hospital | ||
Empangan | ||
Peristiwa | ||
Bahagian pilihan raya |