Cinta Yang Tertangguh
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Cinta Yang Tertangguh karya Zaza Qry.
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahAmie Maziah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal23 Jun 2023 – 25 Ogos 2023

Cinta Yang Tertangguh merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Amie Maziah di bintangi oleh Sweet Qismina, Luqman Hafidz. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 bermula 23 Jun 2023 menggantikan Saya Tunggu Awak. [1]

Sinopsis

Kematian mengejut abang ipar dan kakaknya membuatkan Hanania menjadi ibu segera kepada dua orang anak saudaranya. Tidak pernah dia mengeluh walaupun terpaksa menjaga amanah itu. Cuma, ketika kawan sekolahnya datang bertemu dengannya, dia terpaksa menipu dek kerana didesak.

Desakan itu membuatkan Hanania menunjukkan gambar bakal suaminya dalam sebuah majalah. Rupanya lelaki itu memang wujud. Wujud dalam versi yang amat menjengkelkan. Tambahan pula, Adrish Haqiey adalah bos tempat kerja barunya.

Kerana insiden tertumpahkan jus tomato atas skirt Elise, Adrish, paksa Hanania kerja membasuh baju-bajunya. Hanania tidak menolak, kerana apa saja yang mendatangkan pendapatan untuknya, akan dia terima.

Adrish tak sukakan Hanania kerana dia bertudung, tapi tetap sakit hati bila ada lelaki dekat dengan Hanania. Paling geram apabila bekas kekasih Hanania, Afii, datang mencari Hanania. Hanania yang mahu melarikan diri daripada Afii meminta tolong Adrish. Adrish on saja. Maka jadilah mereka suami dan isteri palsu.

Bila Adrish Haqiey mula anggap hubungan palsu itu sebagai yang benar, Hanania tak senang duduk. Panggilan love juga buat Hanania penasaran.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon tambahan

Rujukan

  1. ^ Drama Cinta Yang Tertangguh. MyInfotaip. Dicapai 19 Jun 2023