"Cukup Derita Itu" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nordiana | ||||
Dilancarkan pada | 4 Mei 2021 | |||
Dirakamkan pada | 2021 | |||
Format | ||||
Genre | Balada | |||
Panjang | 3:34 | |||
Syarikat | Seventeen Eleven Music | |||
Penulis | ||||
Kronologi single Siti Nordiana | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Cukup Derita Itu" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nordiana, dikeluarkan pada 4 Mei 2021 sebagai lagu tema siri drama TV3 bertajuk sama. Lagu ini dicipta oleh Tam Spider dengan liriknya ditulis oleh Siti Rosmizah Semail.[1][2][3]
"Cukup Derita Itu" ialah sebuah lagu bergenre balada dan berdurasi selama 3 minit dan 34 saat, dicipta oleh Tam Spider manakala liriknya ditulis oleh Siti Rosmizah.[4][5] Bagi mendapatkan penghayatan, beliau terkenangkan kisah lampaunya, namun enggan mengulas mengenai kisah silamnya. Ini mendandakan kerjasama sulung Nana bersama Tam.[2][6] Beliau menzahirkan rasa berbesar hati kerana menyanyikan lagu ciptaan vokalis kumpulan Spider, sambil berkata:[1]
"Lagu runut bunyi perlu ada pendekatan tersendiri dan itulah cabaran yang saya hadapi untuk memastikan 'Cukup Derita Itu' menjadi. Pertama sekali, semestinya saya kaji terlebih dahulu keseluruhan plot cerita drama berkenaan untuk memastikan dapat gambaran tepat. Memandangkan drama itu adalah naskhah yang menuntut permainan emosi dan ada babak kesedihan, saya kena tekankan dari segi itu juga. Justeru, untuk lagu ini, saya cuba salurkan corak penceritaan dengan nada merintih terhadap setiap bait liriknya,".[1]
Video lirik untuk "Cukup Derita Itu" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia pada hari pelancarannya.[4][7][8][9]
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 4 Mei 2020 | Muat turun digital[perlu rujukan] pensitriman digital[10] |
Seventeen Eleven Music |