Dalida | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Iolanda Cristina Gigliotti |
Genre | Muzik pop Muzik klasikal Disko Muzik Arab |
Pekerjaan | Penyanyi Pelakon |
Instrumen | Suara |
Tahun aktif | 1956 - 1987 |
Syarikat rakaman | Barclay (1956-1977) Carerre (1978–1987) |
Pengkarya berkait | Alain Delon Mina |
Laman sesawang | Dalida - tapak rasmi |
Dalida (17 Januari 1933 – 3 Mei 1987) ialah seorang penyanyi Mesir-Itali yang dilahirkan dan dibesarkan di Mesir sebelum berpindah ke Perancis.
Iolanda Cristina Gigliotti (17 Januari 1933 – 3 May 1987), atau lebih dikenali sebagai Dalida, adalah seorang penyanyi Itali kelahiran Mesir dan pelakon yang berlakon dan menghasilkan rakaman dalam lebih daripada 10 bahasa, termasuk Bahasa Arab, Itali, Greek, Jerman, Perancis, Inggeris, Jepun, Bahasa Ibrani, Belanda dan Sepanyol. Pada tahun 1961 dia memperoleh kewarganegaraan Perancis selepas berkahwin, di samping mengekalkan kewarganegaraan asal beliau, Itali.
Dalida merupakan antara enam penyanyi yang paling popular di dunia. Angka jualan beliau hari ini akan berjumlah lebih 170 juta album di seluruh dunia. [1][2] Dua kali diberi penghormatan dengan "Oscar Dunia bagi kejayaan cakera", dia merupakan satu-satunya penyanyi Eropah yang memenangi Oscar ini sekurang-kurangnya sekali. Kerjaya beliau selama 30 tahun bermula pada tahun 1956 dan berakhir dengan album yang terakhir pada tahun 1986, beberapa bulan sebelum kematiannya. Kematian beliau membawa kepada imej ikonik sebagai diva tragis dan penyanyi terkenal. Beliau menerima 70 rekod emas dan merupakan penyanyi yang pertama untuk menerima cakera berlian..[3]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dalida. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dalida. |