Datuk Bandar Pulau Pinang | |
---|---|
Penyandang Dato' Ir. Rajendran P. Anthony sejak 6 Mei 2023 | |
Gelaran | Yang Berbahagia |
Bidang kuasa | Pulau Pinang |
Institusi | Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Dilantik oleh | Kerajaan Negeri Pulau Pinang |
Penjawat sulung | Datuk Patahiyah Ismail |
Dibentuk | 1 Januari 2015 |
Tapak web | http://www.mbpp.gov.my/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Datuk Bandar Pulau Pinang merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di George Town, iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang selepas penaiktarafan status George Town daripada bandar kepada bandar raya pada 1 Januari 2015.
Penyandang Datuk Bandar Pulau Pinang ialah Dato' Ir. Rajendran P. Anthony yang mula berkhidmat sejak 6 Mei 2023[1].
Jawatan Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang[1].
Sehingga kini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang diketuai oleh empat orang Datuk Bandar.
Patahiyah Ismail menjadi Datuk Bandar wanita pertama di Pulau Pinang pada 2015 hingga 2017. Kemudian, beliau digantikan dengan Maimunah Mohd Sharif.[2][3] Walau bagaimanapun, kepimpinan Maimunah sebagai Datuk Bandar hanya selama setahun sahaja berikutan pelantikan beliau sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UN HABITAT; yang mana Maimunah merupakan warga Asia pertama yang dilantik ke jawatan tersebut.[4][5] Yew Tung Seang kemudiannya dilantik sebagai Datuk Bandar bermula pada 20 Januari 2018 dan melengkapkan perkhidmatan beliau bersara wajib pada 2023.[6] Terkini, Rajendran P. Anthony menerajui Majlis Bandaraya Pulau Pinang sebagai Datuk Bandar bermula 6 Mei 2023.
# | Nama | Tempoh khidmat | Catatan | |
---|---|---|---|---|
1 | Patahiyah Ismail | 2015 – 2017 | [3] | |
2 | Maimunah Mohd Sharif | 2017 – 2018 | [2] | |
3 | Yew Tung Seang | 2018 – 2023 | [6] | |
4 | Rajendran P. Anthony | 2023 - |
|dead-url=
(bantuan)