Diarea
Cirit-birit
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Mikrograf elektron rotavirus, penyebab hampir 40% kemasukan ke hospital akibat diarea pada kanak-kanak di bawah umur lima tahun[1]
PengkhususanPenyakit berjangkit, gastroenterologi
GejalaPergerakan usus longgar dengan kerap, dehidrasi[2]
PuncaKebiasaannya jangkitan (virus, bacteria, parasit)[2]
Makanan atau air yang tercemar[2]
PencegahanMembasuh tangan, vaksinasi rotavirus, penyusuan susu ibu[2]
RawatanTerapi rehidrasi oral, makanan tambahan zink[2]
Kekerapan≈2.4 bilion (2015)[3]
Kematian1.3 juta (2015)[4]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Diarea (disebut [di.a.ré.a], Ubt.[5]) atau dikenali umumnya sebagai cirit-birit (Jawi: چيريت-بيريت) adalah kondisi kesihatan di mana sekurang-kurangnya tiga pergerakan usus menghasilkan tinja yang longgar, cair, atau berair (yakni "cirit"[6]) dialami setiap hari selama tempoh beberapa hari.[2] Keadaan ini boleh mengakibatkan dehidrasi kerana kehilangan cecair badan dimunculkan tanda-tanda kehilangan regangan kulit normal dan tingkah laku mudah marah menyebabkan penurunan kencing, kehilangan warna kulit, degupan jantung yang cepat, dan penurunan daya tindak dalam tahap lebih parah.[2] Tinja yang longgar tetapi tidak berair pada bayi yang disusui secara eksklusif adalah perkara biasa.[2]

Tanda-tanda awal

Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit dibahagian ulu hati. Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk diseluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan juga demam.

Simptom

Tempoh berlaku

Dalam kebanyakan kes, cirit birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2-3 hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. Misalnya dalam kes taun, cirit-birit serius boleh berlaku sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan dalam tempoh kira-kira sejam.

Sebab berlaku

Terdapat beberapa faktor utama yang dikenal pasti penyebab masalah cirit-birit:[7]

Cirit-birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan.

Ada juga segelintir pesakit yang baru melakukan pembedahan khususnya melibatkan bahagian sekitar abdomen akan mengalami cirit-birit. Ini akan menyebabkan makanan yang diambil akan melalui sistem pencernaan dengan lebih cepat dari biasa.

Pesakit yang akan melakukan pembedahan khususnya pada bahagian abdomen juga biasanya diperlukan berpuasa lebih kurang 10 jam sebelum pembedahan bermula, mereka juga akan diberikan ubat pelawas (laksatif) bagi menggalakkan pembuangan air besar yang lebih cepat.

Pelancong atau pemigrasi juga tidak terlepas dari mendapat diarrhea, biasanya ia berlaku akibat perubahan persekitaran yang berlainan dari tempat asalnya. Atau mungkin juga disebabkan oleh pengambilan makanan yang telah tercemar oleh bakteria, virus, parasit, batuan halus dan kasar samada secara segaja atau tidak sengaja tanpa dijangkakan. Pemigrasian atau melancong ke wilayah negara membangun seperti di benua Afrika, Asia, Amerika Latin dan Caribbean juga biasanya terdedah kepada risiko ini. Melawat ke negara seperti Kanada, kebanyakan negara-negara di Eropah, Jepun, sebilangan kawasan di Australia dan di New Zealand, kelihatan kurang mendapat cirit-birit, ini mungkin atas faktor cuaca persekitaran yang sejuk yang sedikit sebanyak dapat merencatkan keaktifan tindak balas bakteria, parasit dan virus dalam sistem pencernaan, atau mungkin juga faktor khidmat perubatan yang canggih dan terkini dinegara tersebut, serta tahap kebersihan dan hygenik yang tinggi diamalkan oleh masyarakat negara tersebut, yang mendorong pengurangan risiko mendapat cirit-birit.

Epidemiologi

Hampir kesemua orang dari pelbagai latar belakang budaya, bangsa, usia dan jantina boleh mendapat diarrhea. Di Amerika Syarikat, setiap orang dari golongan dewasa biasanya akan mengalami cirit-birit akut (acute diarrhea) dalam setahun,[8] dan kanak-kanak pula secara purata akan mendapat 2 episod cirit birit dalam setahun.[9]

Dianggarkan bahawa dalam serangan cirit-birit disebabkan oleh bakteria di Amerika Syarikat, 99% daripadanya disebabkan oleh Campylobacter jejuni dangan peratusan 20 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Rujukan

  1. ^ "whqlibdoc.who.int" (PDF). Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 8 November 2010.
  2. ^ a b c d e f g h "Diarrhoeal disease Factsheet". Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 2 Mei 2017. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
  3. ^ GBD 2015 Disease and Injury Incidence and Prevalence Collaborators (October 2016). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 310 diseases and injuries, 1990–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1545–1602. doi:10.1016/S0140-6736(16)31678-6. PMC 5055577. PMID 27733282.
  4. ^ GBD 2015 Mortality and Causes of Death Collaborators (October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
  5. ^ "diarea". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  6. ^ "cirit". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-26. Dicapai pada 2011-07-28.
  8. ^ DuPont HL, Practice Parameters Committee of the American College of Gastroenterology. Guidelines on acute infectious diarrhea in adults. The American Journal of Gastroenterology. 1997;92(11):1962–1975.
  9. ^ Ramaswamy K, Jacobson K. Infectious diarrhea in children. Gastroenterology Clinics of North America. 2001;30(3):611–624.
Sumber lain

Pautan luar