Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Dirk Nicolaas Advocaat | ||
Tarikh lahir | 27 September 1947 | ||
Tempat lahir | The Hague, Belanda | ||
Ketinggian | 1.70 m (5 ka 7 in) | ||
Posisi permainan |
Pemain tengah Pertahanan | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1966–1973 | Den Haag | 147 | (7) |
1967 | → San Francisco Gales (pinjam) | 7 | (1) |
1973–1977 | Roda JC | 113 | (2) |
1977–1979 | VVV-Venlo | 74 | (6) |
1979 | Chicago Sting | 32 | (3) |
1979–1980 | Den Haag | 11 | (1) |
1980 | Chicago Sting | 31 | (1) |
1980–1982 | Sparta Rotterdam | 61 | (6) |
1982–1983 | K. Berchem Sport | 10 | (0) |
1983–1984 | Utrecht | 39 | (0) |
Jumlah | 543 | (27) | |
Pasukan diurus | |||
1980–1984 | DSVP | ||
1984–1987 | Belanda (pembantu pengurus) | ||
1987–1989 | HFC Haarlem | ||
1989–1991 | SVV | ||
1990–1992 | Belanda (pembantu pengurus) | ||
1991–1992 | FC Dordrecht | ||
1992–1994 | Belanda | ||
1994–1998 | PSV | ||
1998–2001 | Rangers | ||
2002–2004 | Belanda | ||
2004–2005 | Borussia Mönchengladbach | ||
2005 | Emiriah Arab Bersatu | ||
2005–2006 | Korea Selatan | ||
2006–2009 | Zenit | ||
2009–2010 | Belgium | ||
2009–2010 | AZ Alkmaar | ||
2010–2012 | Rusia | ||
2012–2013 | PSV | ||
2013–2014 | AZ Alkmaar | ||
2014 | Serbia | ||
2015 | Sunderland | ||
2022– | Kelantan | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Dirk Nicolaas "Dick" Advocaat (Sebutan Belanda: [ˈdɪk ˌɑtfoːˈkaːt] ( listen); lahir 27 September 1947) ialah pengurus dan bekas pemain bola sepak Belanda. Sekarang ini Beliau mengurus pasukan dari Liga Super Malaysia, Kelantan.
Advocaat dilahirkan di The Hague dan bermain sebagai pemain tengah pertahanan semasa kariernya sebagai pemain.[1] Kariernya bermula ketika berumur 18 tahun bersama ADO Den Haag,[2] dan membuat penampilan sulungnya untuk kelab itu ketika berumur 21 tahun pada tahun 1967.[3] Penampilan sulung profesionalnya adalah pada 21 Mei 1967 ketika kemenangan 3–0 ke atas GVAV.[4][5] Dia hanya beraksi untuk Den Haag sekali lagi pada musim itu,[4] dan pada musim panas tahun itu, francais San Francisco Golden Gate Gales mengimport pasukan Den Haag termasuk Advocaat untuk bermain selama enam minggu dalam United Soccer Association sebagai usaha untuk mengpopularkan sukan itu di negara tersebut.[6] Ia adalah pada musim berikutnya Advocaat memenangi satu-satunya piala sebagai pemain, Piala Belanda pada tahun 1968.[2] Pada musim 1969–70, dia menjadi pemain tetap dalam pasukan itu, membuat 29 penampilan pada musim itu dan menjaringkan gol pertamanya untuk kelab; dia membuat 33 penampilan dalam musim selepas itu.[4] Bermula musim 1971–72, kelab itu bergabung dengan Holland Sport dan menjadi FC Den Haag. Pada musim itu dan musim terakhirnya, Advocaat membuat 66 lagi penampilan dan menjaringkan enam gol.[4] Secara keseluruhan, dia membuat 147 penampilan dan menjaringkan tujuh gol untuk kelab itu.[4]
Bermula tahun 1973, karier permainannya berterusan untuk Roda JC sehingga dia berpindah ke VVV-Venlo pada musim 1976–77. Semasa tempohnya di Roda, Advocaat membuat 121 penampilan dan menjaringkan dua gol,[4] dan apabila kelab itu tidak disambung pada tahun 2009, Goal.com menggambarkannya sebagai pemain paling terkenal mereka.[7] Dalam musim pertamanya bersama VVV-Venlo, Advocaat menjaringkan dua gol dalam 20 penampilan. Dia membuat 33 penampilan pada musim 1977–78, menjaringkan empat gol dan membuat 21 lagi penampilan dalam musim terakhirnya di kelab itu. Secara keseluruhan, dia membuat 74 penampilan dan menjaringkan enam gol.[4]
Pada tahun 1978, Advocaat berpindah ke Amerika Syarikat untuk bermain bersama Chicago Sting dalam North American Soccer League (NASL).[8] Pada musim itu, dia membuat 24 penampilan dan menjaringkan dua gol. Pada tahun 1979, dia menjaringkan tiga gol dalam 28 penampilan dan pada musim 1980, dia menjaringkan satu gol daripada 29 penampilan.[9] Semasa rehat diantara musim 1979 dan 1980 NASL, Advocaat kembali ke Belanda dan membuat 11 penampilan, menjaringkan satu gol untuk bekas kelabnya FC Den Haag.[4]
Selepas musim 1980 NASL, Advocaat berpindah ke Sparta Rotterdam untuk bermain baki musim 1980–81. Dia menghabiskan 18 bulan di kelab itu, menjaringkan enam gol dan membuat 61 penampilan.[4] Selepas itu Advocaat, berpindah ke Belgium dan bermain dalam divisyen kedua untuk K. Berchem Sport. Dia hanya membuat 10 penampilan disana sebelum berpindah ke FC Utrecht, dimana dia membuat 39 lagi penampilan sebelum menamatkan karier permainannya.[10]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dick Advocaat |