Elfaeza Ul Haq | |
---|---|
Kelahiran | Siti Elfaeza binti Mohmed Ehsan Ul Haq 21 September 1985 |
Pendidikan | Bukit Panjang Government High School |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model |
Tahun aktif | 2003–kini |
Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq (lahir 21 September 1985) merupakan seorang pelakon wanita Singapura yang aktif berlakon di Singapura dan Malaysia.[1]
Dilahirkan di Jurong, Singapura dan merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni pada usia 18 tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian di Singapura iaitu Anugerah anjuran MediaCorp Suria pada tahun 2003 dan selepas itu, beliau terjun ke bidang lakonan. Beliau mula menjejak kaki ke Malaysia ketika berumur 23 tahun dengan membintangi drama Impak Maksima the Series dan KL Menjerit The Series pada tahun 2008 walaupun hanya memegang watak kecil sahaja. Nama Elfaeza mula dikenali kerana membintangi drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa pada tahun 2012.[2] Pada tahun yang sama, beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah dalam telefilem Biarlah Rahsia.[3]
Elfaeza mula memakai tudung pada 2015 ketika diundang sebagai penyampai trofi Anugerah Planet Muzik 2015 bersama artis senegaranya, Suhaimi Yusof. Beliau hadir mengenakan busana songket rekaan Adila Long dan mengenakan tudung biru.[4] Beliau sebelum ini mendedahkan keputusan untuk menanggalkan tudung bagi menjayakan sebuah drama Singapura, Tanglin.[5][6][7]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2015 | Pesta Perdana Singapura | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |