Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Eliaquim Mangala[1] | ||
Tarikh lahir | 13 Februari 1991 | ||
Tempat lahir | Colombes, Perancis | ||
Ketinggian | 1.88 m (6 ka 2 in) [2] | ||
Posisi permainan | Pertahanan tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Valencia | ||
Nombor | 4 | ||
Kerjaya remaja | |||
1996–2002 | AC Lustin | ||
2002–2004 | CS Wépionnais | ||
2004–2008 | Namur | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2008–2011 | Standard Liège | 77 | (2) |
2011–2014 | Porto | 51 | (6) |
2014–2019 | Manchester City | 57 | (0) |
2016–2017 | → Valencia (pinjam) | 30 | (2) |
2018 | → Everton (pinjam) | 2 | (0) |
2019– | Valencia | 4 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2009–2012 | Perancis B21 | 23 | (2) |
2013– | Perancis | 8 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 Februari 2020 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Ogos 2019 |
Eliaquim Mangala (lahir 13 Februari 1991) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang bermain untuk kelab La Liga, Valencia dan pasukan kebangsaan Perancis di posisi pertahanan tengah.
Dilahirkan di Perancis, dia berpindah ke Belgium ketika masih kanak-kanak dan memulakan karier bola sepaknya di sana bersama Standard Liège sebelum menyertai FC Porto pada tahun 2011 dimana dia memenangi kejuaraan Primeira Liga berturut-turut. Selepas itu, dia menyertai Manchester City dengan yuran £31.8 juta.
Mangala membuat penampilan pertamanya untuk pasukan kebangsaan Perancis pada 6 Jun 2013 ketika menentang Uruguay dan disenaraikan ke dalam skuad negara itu untuk Piala Dunia FIFA 2014.
Beliau dan rakan pemainnya Ezequiel Garay dan José Luis Gayà disahkan positif COVID-19 semasa penularannya di Sepanyol.[3]
Mangala dilahirkan di barat laut pinggir bandar Paris, Colombes, tetapi berpindah ke Belgium ketika berumur lima tahun dan tinggal di bandar yang banyak menggunakan Bahasa Perancis, Namur. Ketika umur itu, dia menyertai kelab Athletic Club Lustin sebagai pemain belia dan menghabiskan enam tahun di kelab itu sebelum berpindah ke CS Wépionnais. Selepas dua tahun di Wépion, Mangala menyertai kelab terbesar di bandar itu, UR Namur. Semasa di Namur, Mangala digunakan sebagai penyerang dan sikap positif yang ditunjuknya semasa peringkat belia mendapat minat dari Standard Liège. Pada tahun 2007, Mangala dan Standard telah mencapai persetujuan dengan kontrak belia tiga tahun.[4]
Mangala menyertai Standard Liège. Semasa ketibaanya dia ditukarkan ke posisi pertahanan kiri dan dimasukkan ke dalam pasukan bawah-17 kelab itu untuk musim 2007–08. Aksi terpuji Mangala bersama pasukan itu menyebabkan dia diserap ke pasukan bawah-19 Standard pada bulan Januari 2008, dimana dia sekali lagi bertukar posisi, kali ini sebagai pertahanan tengah. Semasa tempohnya bersama pasukan bawah-19, Mangala berada di bangku simpanan pasukan bawah-21 Standard beberapa kali walaupun baru berusia 17 tahun.[5]
Semasa musim 2008–09, Mangala diberi peluang untuk berlatih dan bermain bersama pasukan utama. Pada 23 Oktober 2008, dia menandatangani kontrak profesional pertamanya, bersetuju dengan perjanjian lima tahun bersama kelab itu.[6] Mangala secara rasmi dinaikkan ke pasukan senior dan diberi nombor 22. Pada 9 November, dia membuat penampilan profesional buat kali pertama pada minit ke-89 sebagai pemain gantian dimana mereka menang 3–1 ke atas Germinal Beerschot.[7] Dia membuat satu lagi penampilan ketika menentang Gent sebelum bermain dalam kesebelasan utama buat pertama kali ketika menentang Dender pada 17 Januari 2009. Dalam perlawanan itu, Mangala membuat bantuan gol untuk Milan Jovanović pada minit ke-3. Standard menang 3–2 dengan Mangala bermain keseluruhan perlawanan. Dia menghabiskan musim itu dengan membuat 11 penampilan liga dan Standard Liège dinobatkan juara. Dia juga muncul dalam perlawanan Piala UEFA menentang kelab Itali Sampdoria, kelab Jerman Stuttgart dan kelab Portugal, Sporting.
Mangala merupakan pemain utama dalam musim 2009–10 dan membuat penampilan pertama ketika kemenangan 2–0 ke atas Genk dalam Belgian Supercup pada 25 Julai 2009.[8] Pada 12 September, Mangala menjaringkan gol profesional pertamanya dalam perlawanan liga menentang Mechelen dimana mereka menang 3–0. Empat hari kemudian, Mangala menjaringkan satu lagi gol ketika menentang kelab Inggeris, Arsenal dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.[9] Mangala menjaringkan gol pada minit ke-3 sebelum penyerang Standard, Jovanović menambah gol dua minit kemudian untuk meletakkan Standard Liège 2–0, walau bagaimanapun, kelab itu tewas 3–2.[10]
Dalam perlawanan terakhirnya dalam liga untuk Standard, Mangala menyudahkan sepakan percuma Steven Defour untuk memberi pasukannya pendahuluan 1−0 ke atas KRC Genk tetapi Kennedy Ugoala Nwanganga menyamakan kedudukan 1−1 untuk Genk, mengesahkan kejuaraan liga di atas Standard.[11] Dalam penampilan terakhirnya untuk kelab itu pada 21 Mei 2011, Mangala menjaringkan gol pertama Standard ketika kemenangan 2−0 ke atas K.V.C. Westerlo dalam perlawanan akhir Piala Belgium.[12]
Mangala menyertai juara Liga Europa UEFA, Porto pada 16 Ogos 2011.[13] Perjanjian itu juga termasuk Porto menandatangani rakan sepasukannya di Standard, Steven Defour dengan yuran yang digabungkan berjumlah £11.4 juta.[14] Dalam musim pertamanya bersama Porto, dia bermain sebagai pemain gantian dibelakang pemain seperti Rolando, Maicon dan Nicolás Otamendi. Dia membuat penampilan pertamanya pada musim 2012-14 untuk Porto dalam Supertaça Cândido de Oliveira menentang Académica pada 11 Ogos 2012, bermain keseluruhan 90 minit dan Porto memenangi kejuaraan pra-musim itu dengan kemenangan 1−0.[15] Dia menembusi skuad utama Porto pada musim itu, menjadi pertahanan tengah pilihan utama dan menjaringkan empat gol dalam liga.[16] Mangala beraksi ketika Porto menang 2−0 ke atas Paços de Ferreira pada 19 Mei 2013 membolehkan kelab itu tidak kalah sepanjang musim dan memenangi kejuaraan liga ketiga berturut-turut dengan hanya satu mata di atas Benfica.[17]
Pada 23 Februari 2014, Mangala dibuang padang dan Porto kalah 1−0 kepada Estoril.[18] Dalam perlawanan pusingan 16 Liga Europa menentang Eintracht Frankfurt pada 27 Februari 2014, Mangala menjaringkan dua gol, kedua-duanya menerusi tandukan dan Porto bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk seri 3-3 dan layak ke suku akhir menerusi gol tempat lawan.[19] Pada 3 April 2014, Mangala menjaringkan satu-satunya gol perlawanan ketika Porto menewaskan Sevilla dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Europa.[20]
Pada 11 Ogos 2014, Mangala menyertai Manchester City dengan kontrak lima tahun,[21] dengan yuran dilaporkan sebanyak £31.8 juta.[22][23] Dia bersatu semula dengan bekas rakan sepasukannya di Porto, Fernando yang menyertai City lebih awal.
Mangala membuat penampilan sulungnya untuk City dalam perlawanan kelima Liga Perdana Inggeris ketika seri 1–1 dengan Chelsea pada 21 September. Enam hari kemudian, dia menjaringkan gol sendiri dan memberi penalti kepada pasukan lawan menyebabka City ketinggalan 2–0 ketika menentang Hull namum mereka berjaya bamgkit untuk menang 4–2. Walaupun menerima kritikan dari media, pengurus Manuel Pellegrini berkata "kami terus mempercayainya kerana dia merupakan pemain bagus tetapi nasibnya kurang baik".[24]
Pada 30 November, Mangala dibuang padang kerana menerima dua kad kuning ketika City menang 3–0 ke atas Southampton.[25]
Kerana dibesarkan di Belgium, Mangala tidak beraksi dalam pasukan belia Perancis. Pada tahun 2008, dia didatangi oleh Persatuan Bola Sepak Belgium yang memanggilnya ke pasukan bawah-18 negara itu. Walau bagaimanapun, kerana tidak memiliki pasport pada masa itu, panggilan itu dianggap sia-sia. Selepas cemerlang bersama pasukan senior Standard Liège, Mangala menarik perhatian Persekutuan Bola Sepak Perancis dengan pengurus Perancis bawah-21, Erick Mombaerts menghadiri perlawanan Liège menentang Mouscron di Stade Le Canonnier pada bulan November.[26] Pada 5 November 2009, Mangala dipamggil buat pertama kali ke pasukan bawah-21 untuk perlawanan persahabatan menentang Tunisia pada 13 November dan perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah bawah-21 UEFA 2011 menentang Slovenia pada 17 November. Mangala membuat penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 ketika menentang Tunisia, tetapi terlepas perlawanan menentang Slovenia selepas menarik diri daripada pasukan kerana mengalami kecederaan semasa latihan.
Mangala membuat penampilan sulungnya untuk pasukan senior Perancis ketika kekalahan 1–0 kepada Uruguay pada 6 Jun 2013.[27] Dia dimasukkan ke dalam skuad Perancis untuk Piala Dunia FIFA 2014 tetapi tidak membuat sebarang penampilan dalam pertandingan itu.[28]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala Liga | Eropah | Lain-lain | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Standard Liège | 2008–09 | 11 | 0 | 0 | 0 | — | 3 | 0 | 0 | 0 | 14 | 0 | |
2009–10 | 31 | 1 | 3 | 0 | — | 11 | 1 | 1 | 0 | 47 | 3 | ||
2010–11 | 35 | 1 | 5 | 1 | — | — | — | 40 | 2 | ||||
Jumlah | 77 | 2 | 8 | 1 | — | 14 | 1 | 1 | 0 | 104 | 5 | ||
Porto | 2011–12 | 7 | 0 | 1 | 0 | 4 | 1 | 2 | 0 | — | 14 | 1 | |
2012–13 | 23 | 4 | 2 | 2 | 5 | 1 | 8 | 0 | 1 | 0 | 39 | 7 | |
2013–14 | 21 | 2 | 4 | 0 | 4 | 0 | 12 | 3 | 1 | 0 | 42 | 5 | |
Jumlah | 51 | 6 | 7 | 2 | 13 | 2 | 22 | 3 | 2 | 0 | 92 | 13 | |
Manchester City | 2014–15 | 25 | 0 | 1 | 0 | 2 | 0 | 3 | 0 | 0 | 0 | 31 | 0 |
Jumlah | 25 | 0 | 1 | 0 | 2 | 0 | 3 | 0 | 0 | 0 | 31 | 0 | |
Jumlah Karier | 151 | 8 | 16 | 3 | 15 | 2 | 38 | 4 | 3 | 0 | 224 | 18 |
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Eliaquim Mangala |