Elica Paujin | |
---|---|
Nama lahir | Angelica Paujin[1] |
Kelahiran | 20 November 1999 |
Berasal dari | Kampung Tibabar, Tambunan, Sabah, Malaysia[1] |
Genre | Pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2017—kini |
Syarikat rakaman | Rhythm & Rhyme Entertainment[2] |
Pengkarya berkait |
|
Angelica Paujin (lahir 20 November 1999)[3] merupakan seorang penyanyi wanita Sabah dan juara realiti TV, Mentor Milenia 2017 dan Stariser: Mencari Bintang Nusantara edisi perdana 2020.[4][5] Pada tahun 2022, beliau merupakan peserta bagi program realiti Astro iaitu Big Stage musim keempat dan dinobatkan sebagai juara.[6][7]
Elica dilahirkan pada 20 November 1999 dan dibesarkan di Tambunan, Sabah[2] dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Beliau ialah seorang yang berketurunan Dusun.[3] Selain Mentor Milenia 2017, beliau pernah memasuki pertandingan Idola Kecil 3 dan bertanding sehingga ke peringkat separuh akhir ketika berusia 11 tahun.[8]
Rencana utama: Idola Kecil (musim 3) |
Konsert | Tema | Lagu (penyanyi asal) | Rank |
---|---|---|---|
Minggu 1 | Bebas | "Gemilang" (Jaclyn Victor) | Selamat |
Minggu 2 | Pop & Balada | "Realiti Dewi" (Alyah) | Selamat |
Minggu 3 | Duet | "Bertamu Di Kalbu" (Jaclyn Victor (duet Hadi) |
3 Tercorot |
Minggu 4 | Indie Rock | "Aurora" (Estranged) | Selamat |
Minggu 5 | Tribute Dato' Siti Nurhaliza | "Percayalah" (Dato' Siti Nurhaliza) | Selamat |
Minggu Separuh Akhir | Road to Final | "Pakai Buang" (Stacy) | Tersingkir |
Rencana utama: Mentor Milenia 2017 |
Elica terpilih untuk menyertai Mentor Milenia 2017 dan berjaya menarik minat Akim untuk menjadikan Elica protégé beliau. Elica berjaya ke peringkat akhir rancangan tersebut dan berdepan empat pesaing iaitu Usop (Muhammad Saiful Naim Muhd Noor), Along (Mohamad Rozaimi Rosli) dan Syeera (Nur Syaheera Abd Aziz).[9]
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Mentor Milenia 2017:
Konsert | Lagu (penyanyi asal | Rank |
---|---|---|
Minggu 1 | "Hurt" (Christina Aguilera) | Ke-2 |
Minggu 2 | "Akhirnya Kini Pasti" (Anita Sarawak) | Ke-3 |
Minggu 3 | "Mama Aku Ingin Pulang" (Nike Ardilla) | Pertama |
Minggu 4 | "Obses" (Akim & The Majistret) + "Janji Manismu" (Aishah) | Pertama |
Minggu 5 | "Benci Tapi Rindu" (Diana Nasution) | 2 Tercorot |
Minggu 6 | "Bang Bang" (Ariana Grande, Nicki Minaj & Jessie J) | Ke-2 |
Minggu 7 | "Rindu Bertandang Lagi" (Dato' Hattan) | Ke-3 |
Minggu 8 | "Bosan" (Stacy) | Ke-2 |
Minggu Separuh Akhir | "Bertamu Di Kalbu" (Jaclyn Victor) | 2 Tercorot |
"Secret Love Song" (Little Mix) (duet Akim Ahmad) | ||
Minggu Akhir | "Ceritera Cinta" (Jaclyn Victor & Rio Febrian) (duet Hael Husaini) |
Juara |
"Samar Bayangan" (Nicky Astria) |
Elica melancarkan single pertama beliau, "Bila Nanti" pada Jun 2017 melalui Paradox Music.[10] Walaubagaimanapun, single tersebut gagal meraih sambutan daripada para peminat.[2] Elica merupakan antara artis kelahiran Sabah yang mengadakan persembahan di Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan Tambunan yang diadakan pada 25 November 2017 bagi mempromosikan Tahun Melawat Tambunan 2017.[11] Artis yang terlibat termasuk Rosario Bianis, Francis Landong, Esther Applunius Chin, George Lian, Jestie Alexius, dan lain-lain.[11]
Mulai Mac 2018, beliau bernaung di bawah pengurusan Rhythm & Rhyme Entertainment.[2] Pada Oktober 2018, Elica terpilih untuk mewakili Malaysia ke Festival K-Pop Dunia Changwon 2018 dalam kategori vokal.[5] Single kedua Elica yang berentak K-pop, "Kau Lah!" dilancarkan pada November 2018.[2] Elica melancarkan lagu-lagu berbahasa Dusun. Salah satu single beliau, Araatan telah dinobatkan Juara Lagu Popular (JLP) Kadazan Dusun Murut (KDM) 2019.[12]
Pada April 2020, Elica terpilih sebagai salah satu daripada enam finalis satu rancangan realiti hiburan nusantara, "Stariser : Mencari Bintang Nusantara" edisi perdana 2020 dan seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan rancangan tersebut. Beliau yang mempertaruhkan lagu "Haram" berjaya membawa pulang wang kemenangan RM10,000.[4]
Berikut ialah lagu-lagu yang dipertaruhkan oleh Elica untuk pertandingan "Stariser : Mencari Bintang Nusantara" edisi perdana 2020:[13]:
Persembahan dan Keputusan "Stariser : Mencari Bintang Nusantara" | |||||
---|---|---|---|---|---|
Episod | Lagu | Artis | Keputusan # | ||
Battle Round 2 | "Jampi" | Hael Husaini | Mara ke Grand Finale | ||
Grand Finale | "Haram" | Hael Husaini | Pemenang
|
Pada tahun 2022, Elica terpilih sebagai salah seorang daripada 11 peserta Big Stage musim keempat dan telah dinobatkan sebagai juara. Menewaskan empat peserta lain, beliau meraih hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.[14]
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Persembahan dan Keputusan Big Stage musim 4 | |||||
---|---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan | |
Minggu 1 | Game On | "Samar Bayangan" | Nicky Astria | 5 | |
Minggu 2 | Hypebeat | "Impikan" | Dolla | 1 | |
Minggu 3 | Playlist 2000 | "Behind These Hazel Eyes" | Kelly Clarkson | 2 | |
Minggu 4 | Go Viral! | "Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja" | Judika | 2 | |
Minggu 5 | This Is Siti Nurhaliza | "Ku Milikmu" | Siti Nurhaliza | 1 | |
Minggu 6 | Rotasi 36T | "Rindu" | Hetty Koes Endang | 6 | |
Minggu 7 (Separuh Akhir) | Flex & Battle Mashup | "Anggapan Mu" | Ziana Zain | 4 | |
"Hukum Karma & Pelesit Kota" (battle Yazmin Aziz) | Wings & Search | ||||
Minggu 8 (Akhir) | Ultimatum Solo & Duet | "Cinta" | Marsha Milan Londoh | JUARA | |
"Believer"
(duet bersama Hael Husaini) |
Imagine Dragons |
Tahun | Judul Lagu | Album | Nota |
---|---|---|---|
2017 | "Bila Nanti" | Bukan album single | |
2018 | "Kau Lah!" | ||
2019 | "Araatan" (Benci) | Lagu dalam Bahasa Dusun. | |
"Hilang" | Single di bawah Jozel Entertainment.[15] | ||
2020 | "Momuhobo" (Bernafas) | Lagu dalam Bahasa Dusun.[16] | |
"Percaya Aku" | Single terbitan MPH Sdn Bhd & Benn's Studio.[17] |
Tahun | Judul Lagu | Album | Nota |
---|---|---|---|
2019 | "Agabku" (Niatku) | Bukan album single | Menampilkan Rosario Bianis. Lagu dalam Bahasa Dusun. |
2020 | "Sabah Bangkit" | Bersama S.B.H menampilkan Fareed K-Clique, Noki K-Clique, Tuju K-Clique, Velvet Lawrence Aduk, Marsha Milan, Rich Estranged, MKNK, Brie, Andrea, Elle & Sipsofcola.[18] | |
"AKU FAIYA" | Bersama BRYFRHN, YUNK-G dan SkyonSax.[19] | ||
2021 | Sonsodo | Single Duet Bersama Arddley Nicholas | |
2023 | Torimoonku | Single Duet Bersama Rosario Bianis | |
2023 | Racun | Single Duet Bersama Dem lepak Boyz |
Tahun | Judul Lagu | Pengarah | Nota |
---|---|---|---|
2018 | "Kau Lah!" | ||
2019 | "Araatan" (Benci) | Jevf Shen | |
2020 | "Momuhobo" (Bernafas) | Benn Simon[20] | |
"Sabah Bangkit" | Terbitan KGE Studio.[18] | ||
"AKU FAIYA" | Bryan Kouju | Terbitan NuBornMusic.[19] |
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
2017 | Mentor Milenia 2017 | - | - | Pemenang
|
[9] |
2019 | Juara Lagu Popular (JLP) Kadazan Dusun Murut (KDM) | - | "Araatan" (Benci) | Menang | [12] |
2020 | Stariser : Mencari Bintang Nusantara | - | - | Pemenang
|
[4] |
2022 | Big Stage 2022 | - | - | Pemenang
|