Endometriosis | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | N80..9 |
ICD-9 | 617.0 |
Penafian perubatan |
Endometriosis adalah keadaan perubatan yang membabitkan sekitar 89 juta wanita dalam usia melahirkan anak diseluruh dunia. [1] Bagi endometriosis, tisu yang melitupi bahagian dalam uterus (endometrium, dari perkataan endo, "dalam", dan metra, "rahim") didapati tumbuh di luar uterus, pada atau kawasan lain badan. Biasanya, endometrium tanggal setiap bulan semasa kitaran haid; tetapi, bagi endometriosis, endometrium yang salah letak tidak mampu keluar dari badan. Tisu endometriotic masih tanggal dan berdarah, tetapi hasilnya berbeza: pendarahan dalaman, penguraian darah dan tisu yang tanggal, keradangan kawasan sekitar, sakit dan kemungkinan pembentukan tisu parut. Tambahan lagi bergantung kepada tempat tumbuh, berlaku gangguan kepada fungsi biasa bagi perkumuhan najis, pundi kencing, usus kecil dan organ lain dalam ruang pelvik mungkin berlaku. Dalam kes jarang, endometriosis mungkin berlaku pada kulis, paru-paru, diaphragm, dan otak.[perlu rujukan]
Simptom utama endometriosis adalah sakit teruk berulang. Kesakitan yang dialami tidak semestinya berkait dengan tahap (1 hingga 4) endometriosis. Sesetengan wanita hanya sakit sedikit atau tiada rasa sakit sungguhpun mengalami endometriosis teruk menjejaskan kawasan yang luas atau endometriosis dengan berparut. Sebaliknya, wanita mungkin mengalami kesakitan teruk sungguhpun hanya mengalami endometriosis kecil.
Simptom endometriosis termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
Tambahan lagi, wanita yang di diagnos dengan endometriosis mungkin mempunyai simptom masalah perut (gastrointestinal) yang menyerupai sindrom dubur gatal irritable bowel syndrome, termasuk sentiasa letih.
Pesakit yang pecah karung endometriotik mungkin mengalami sakit perut akut (acute abdomen) sebagai kecermasan perubatan. Karung Endometriotik terdapat dalam ruang thoracic mungkin menyebabkan satu bentuk sindrom endometriosis thoracic, biasanya catamenial pneumothorax.
Endometriosis boleh memberi kesan kepada sebarang wanita, dari premenarche hingga postmenopause, tanpa mengambil kira bangsa, ethnic atau samaada mempunyai anak atau tidak. Endometriosis sering berkekalan walaupun selepas menopause. Dalam sesetengah kes luar biasa, gadis mungkin mengalami endometriosis sebelum mereka mencapat tempoh matang mula haid menarche.[1][2]
Angaran masa kini meletakkan jumlah wanita mengidap endometriosis sekitar 5% dan 20% dari wanita dalam usia tempoh melahirkan anak. Sekitar 30% hingga 40% dari wanita dengan endometriosis adalah mandul, menjadikannya punca utama kemandulan. Bagaimanapun, kemandulan berkait dengan endometriosis sering kali dirawat dengan jayanya melalui pembedahan menghapuskan penyakit ini. Sesetengah wanita tidak mengetahui bahawa mereka mengalami endometriosis sehingga mereka sukar mengandung. Sementara kehadiran endometriosis teruk mengherotkan bentuk pangkal rahim dan dengan itu menjelaskan kemandulan, hubungan antara endometriosis awal atau serdahana dan kemandulan tidak jelas. Hubungan antara endometriosis dan kemandulah menjadi bidang penyelidikan yang aktif.
Endometriosis awal biasanya berlaku pada permukaan organ di pangkal rahim dan kawasan antara perut (intraabdominal. Bidang perubatan mungkin mengelar kawasan endometriosis menggunakan nama berlainan, seperti implants, lesion, atau nod (nodules). Lesion mungkin dilihat dalam ovari sebagai endometriomas atau cysts perang (Ia dinamakan perang kerana ia mengandungi cecair keperangan pekat, kebanyakannya darah lama). Endometriosis mungkin mencetus tindak balas keradangan mendorong kepada kesan parut dan perlekatan.
Kebanyakan endometriosis terdapat pada struktur dikawasan rongga pangkal rahim:
Endometriosis mungkin merebak ke pangkal rahim dan faraj atau kepada tempat bekas torehan pembedahan abdomen. Dalam kes yang luar biasa, kawasan endometriosis mampu tumbuh dibahagian paru-paru atau bahagian lain badan.
Secara pembedahan, endometriosis boleh dikelaskan tahap I-IV (Pengelasan Semula American Society of Reproductive Medicine).
Sungguhpun punca sebenar endometriosis kekal tidak diketahui, banyak teori telah dikemukakan untuk lebih memahami dan menjelaskan perkembangannya. Konsep ini tidak semestinya menafikan sesama sendiri.
Satu lagi bidang penyelidikan adalah pencarian bagi penanda endometriosis. Penanda ini adalah bahan yang terhasil atau tindak balas kepada endometriosis yang boleh diukur dalam darah, kencing, atau suhu berjalan harian. Sekiranya penanda boleh dikenal pasti, pembekal kesihatan mampu menguji endometriosis melalui ujian darah, kencing tau suhu berjalan wanita, yang mungkin mengurangkan keperluan bagi pembedahan. CA-125 diketahui meningkat dalam pesakit dengan endometriosis,[6] tetapi bukannya penunjuk khusus bagi endometriosis.
Pemeriksaan fizikal dan sejarah kesihatan mambu bagi kebanyakan pesakit mendorong doktor mensyaki diagnosis.
Ujian pengimej mungkin mengenalpasti kawasan endometriotic lebih besar, seperti nodule atau karung endometriotic. Dua kaedah ujian pengimej biasa adalah ultrasound dan magnetic resonance imaging (MRI). Keputusan normal bagi kedua ujian ini tidak menyingkir kemungkinan endometriosis--kawasan endometriosis seringkali terlalu kecil bagi ujian sebegini.
Cara yang pasti mengenal pasti diagnosis endometriosis adalah melalui penggunaan laparoscopy. Diagnosis berdasarkan ciri-ciri kelihatan, sekiranya perlu disokong melalui biopsi. Laparoscopy turut membenarkan rawatan pembedahan bagi endometriosis.
Secara umum, terapi dadah setempat endometriosis (selain pil perancang keluarga ditelan) digunakan selepas pengesahan diagnosis pembedahan endometriosis.
Cara endometriosis menyebabkan kesakitan merupakan topik banyak penyelidikan. Kerana ramai wanita dengan endometriosis merasai kesakitan semasa atau berkait dengan haid mereka dan mungkin menumpahkan lebih banyak aliran haid kedalam pelvis setiap kali haid, sesetengah penyelidik cuba mengurangkan kejadian haid bagi pesakit dengan endometriosis.
Tisu endometrial bertindak balas kepada simulasi hormon dan mungkin :berdarah" pada tempoh haid. Ia berkumpul setempat, menyebabkan bengkak, dan mencetus tindak balas keradangan dengan pengaktifan cytokines. Ia dipercayai bahawa proses ini mungkin mendorong kepada penerimaan kesakitan.
Endometriosis dipercayai keadaan auto-immune dan sekiranya sistem immunisasi diancam dengan alahan makanan, dengan itu menyingkirkan makanan tersebut dari permakanan boleh berkesan bagi sesetengah orang. Alahan biasa bagi mereka dengan endometriosis adalah tenusu dan gandum.[7]
Pada masa kini, tiada rawatan bagi endometriosis, sungguhpun bagi sesetengah pesakit menopause (secara semulajadi atau pembedahan) akan mengurangkan proses ini. Bagaimanapun, histerektomi dan/atau membuang ovari tidak menjamin bahawa kawasan endometriosis dan/atau simptom endometriosis tidak akan berulang. Rawatan konservatif biasanya cuba menangani kesakitan atau isu kemandulan. Rawatan herbal perubatan kadang-kala boleh berkesan bagi mengawal penyakit ini.
Rawatan bagi sakit endometriosis termasuk:
Endometriosis dikaitkan dengan kurang kesuburan dan punca kedua terbesar kemandulan dikalangan wanita yang ovulate secara normal (punca utama adalah penyakit keradangan pelvik).
Laparoscopy bagi membuang atau menghancurkan ketumbuhan bagi wanita yang mempunyai endometriosis serdahana atau ringan adalah berkesan bagi meningkatkan kesuburan. Satu kajian menunjukkan bahawa rawatan pembedahan bagi endometriosis dijangkakan menggandakan fecundity (kadar mengandung).[8]
Bagi pesakit dengan endometriosis yang sedikit rawatan dengan ubat kesuburan clomiphene mungkin berjaya.
Prosedure In-vitro fertilization (IVF) adalah berkesan bagi meningkatkan kesuburan bagi ramai wanita dengan endometriosis. IVF menjadikannya boleh menggabungkan telur dan sperma dalam makmal dan meletakkan embrio yang terhasil kedalam uterus wanita. IVF adalah salah satu jenis teknologi pembiakan yang merupakan pilihan bagi wanita dan keluarga yang menghadapi kemandulan berkait dengan endometriosis.
Endometriosis tidak sama dengan barah endometrial -endometria cancer. Bagaimanapu ia di hipothesis bahawa penghasilan estrogen berlebihan dan pertumbuhan sel luar biasa disebabkan oleh endometriosis akhirnya menyebabkan barah ovari atau barah lain sepanjang hayat wanita. Perkembangan endometriosis sama seperti perkembangan barah, juga, dari segi keduanya menganggar penyebaran penyakit dalam bentuk yang sama kepada zon berlainan badan. Penyelidikan kini telah menunjukkan kaitan antara endometriosis dan barah tertentu [2]. Endometriosis juga serentak dengan leiomyoma atau adenomyosis, termasuk juga masalah autoimmunisasi.
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)