Europlug adalah jenis plag dan soket AC domestik 2 pin berbentuk pipih yang secara umumnya dibekalkan dalam keadaan sudah diacu pada penghujung wayar elektrik bagi peralatan berkenaan, direka untuk membawa voltan sehingga 250 V dan arus sehingga 2.5 A.[1] Ia direka supaya boleh digunakan dengan selamat pada semua jenis soket elektrik di negara-negara Eropah, kecuali bagi sistem BS 1363 yang digunakan di Britain, Ireland dan Malta.
Rekaan Europlug mula muncul pada tahun 1963 sebagai Lembaran Piawaian XVI di dalam edisi kedua Suruhanjaya Antarabangsa Mengenai Peraturan Pengesahan Peralatan Elektrik (CEE) Terbitan ke-7[2], satu dokumen yang merumuskan kesemua plag dan soket AC domestik kebangsaan di serata Eropah. Europlug juga dirujuk sebagai plag "CEE 7/16". Ia juga diterima pada tahun 1975 sebagai plag C5 dalam Laporan Teknikal 83 Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC) (kini IEC/TR 60083[3]), serta sebagai piawaian Eropah EN 50075[1] pada Julai 1990.
Dimensi bagi Europlug dipilih kerana keserasian dan keselamatan penggunaan pada semua soket kuasa Eropah seperti:-
Europlug hanya direka untuk peralatan elektrik berkuasa rendah (Kelas II; kurang daripada 2.5 A) yang beroperasi pada suhu bilik biasa serta tidak memerlukan sambungan perlindungan bumi.
Europlug tidak serasi dengan soket British BS 1363 13 A kerana sekurang-kurangnya tiga sebab:-
Walau bagaimanapun, secara prinsipnya, adalah tidak mustahil untuk memasukkan Europlug ke dalam soket BS 1363 dengan memasukkan objek asing (seperti pemutar skru atau kunci) ke dalam alur pin bumi terlebih dahulu. Namun demikian, perbuatan sedemikian tidak disyorkan atas alasan di atas. Apa pun, di kebanyakan negara di mana peralatan elektrik dijual dalam kedua-dua bentuk plag BS 1363 dan Europlug (seperti Malaysia dan Singapura), amalan memaksa Europlug masuk ke dalam soket BS 1363 sudah menjadi lumrah.
Jenis A • Jenis B • Jenis C (Europlug) • Jenis D • Jenis E • Jenis F (Schuko) • Jenis G (BS 1363) • Jenis H • Jenis I • Jenis J • Jenis K • Jenis L • Jenis M