F-101 Voodoo
McDonnell F-101B Voodoo versi dua tempat duduk yang dioperasikan oleh Pengawal Udara Kebangsaan
Peranan Pesawat pejuang
Pengeluar McDonnell Aircraft
Direka oleh Edward M. Flesh[1]
Penerbangan sulung 29 September 1954
Diperkenalkan Mei 1957
Dihentikan 1972 (Tentera Udara A.S)
1982 (Pengawal Udara Kebangsaan)
1984 (Kanada)
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina 807
Kos seunit AS$1,276,145 (RF-101C)[2]
US$1,754,066 (F-101B)
Dibangunkan dari XF-88 Voodoo
Kelainan CF-101 Voodoo

McDonnell F-101 Voodoo merupakan sebuah pesawat pejuang berkelajuan supersonik yang diterbangkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Republik China. Asalnya, pesawat ini direka sebagai pesawat pengiring-pengebom jarak jauh (dikenali sebagai pejuang-penembus) oleh Perintah Udara Strategik, Voodoo juga digunakan untuk pelbagai fungsi-fungsi lain termasuk pesawat pemintas semua keadaan cuaca dengan Perintah Pertahanan Udara / Perintah Pertahanan Aeroangkasa, pejuang-pengebom dan peranan pengawasan foto dengan Perintah Udara Taktikal.

Digunakan bersama-sama dengan pesawat U-2 milik Tentera Udara A.S dan RF-8 Crusader milik Tentera Laut Amerika Syarikat, versi pengawasan iaitu RF-101 telah memainkan peranan penting semasa Krisis Peluru Berpandu Cuba dan digunakan dengan ekstensif dalam Perang Vietnam. [3]

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

  1. ^ Francillon 1980, p. 12.
  2. ^ Knaack 1978
  3. ^ Global's RF-101 History

Bibliografi

Pautan luar