F-22 Raptor | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat penguasaan udara halimunan |
Negara pengeluar | Amerika Syarikat |
Pengeluar | Lockheed Martin Aeronautics Boeing Integrated Defense Systems |
Penerbangan sulung | YF-22: 29 September 1990 F-22: 7 September 1997 |
Mula digunakan | 15 Disember 2005 |
Status | Aktif[1] |
Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | 195 (8 ujian dan 187 pesawat operasi)[2][3] |
Kos program | AS$ 65 bilion[4] |
Kos seunit | AS$ 137.5 juta (kos terbang keluar pada 2008)[5] |
Kelainan | X-44 MANTA FB-22 |
F-22 Raptor merupakan sebuah pesawat pejuang halimunan yang dibina oleh Lockheed Martin dan Boeing Integrated Defense Systems, bertujuan untuk mengetuai pejuang taktikal termaju Amerika Syarikat pada awal abad ke-21. Penerbangan ujian pertama Raptor dilakukan pada 7 September 1997. Keluaran F-22 pertama dihantar kepada Pangkalan Tentera Udara Nellis di Nevada pada 14 Januari 2003.
Pesawat Raptor direka untuk membawa peluru berpandu di dalam ruang dalamnya bagi mengekalkan ciri-ciri halimunannya. Peluru berpandunya dilancarkan dengan menggunakan lengan hidraulik setelah pintu ruang simpanan bom terbuka dalam tempoh kurang dari satu saat. Ia juga mampu membawa bom sebesar JDAM dan SDB (Bom berdiameter kecil - Small Diameter Bomb) yang dipandu dengan Sistem Kedudukan Sejagat untuk menyerang sistem radar udara musuh.
Tentera Udara Amerika Syarikat pada asalnya bercadang memesan 750 F-22, dengan pengeluaran pertama bermula pada 1994. Selepas Penilaian Pesawat Utama pada 1990, pengeluaran telah dimulakan pada 1996 bagi menghasilkan sejumlah 648 pesawat pejuang. Pada tahun 1994 sejumlah 442 pesawat bersedia untuk masuk berkhidmat pada 2003/2004. Laporan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada tahun 1997 menyatakan bahawa jumlah akhir adalah sebanyak 339 buah pesawat. Pada masa ini terdapat perdebatan mengenai jumlah unit yang mampu diperolehi, walaupun pada tahun 2003 Tentera Udara A.S berkata ia mampu membeli 277 buah pesawat berasaskan had kos sebanyak AS$ 43 bilion.
F/A-22 versi sayap berensel telah dicadangkan untuk Tentera Laut Amerika Syarikat bagi menggantikan F-14 Tomcat. Namun begitu, program ini kemudian telah dibatalkan pada 1993.
Data dari USAF,[1] F-22 Raptor Team web site,[6] Lockheed Martin,[7] Aviation Week,[8] and Journal of Electronic Defense[9]
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan F-22_factsheet
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan AW_last_Raptor
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan usaf_fy2009_budget
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan avweek_20070107_ul
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan fighter_EW_next
tidak disediakanWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: F-22 Raptor. |