![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | 25 Oktober 1997 | ||
Tempat lahir | Genoa, Itali | ||
Ketinggian | 1.75 m (5 ka 9 in)[1] | ||
Posisi permainan | Sayap | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini |
Juventus (dipinjam dari Fiorentina) | ||
Nombor | 22 | ||
Kerjaya remaja | |||
2002–2007 | U.S. Settignanese | ||
2007–2016 | Fiorentina | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2016– | Fiorentina | 137 | (26) |
2020– | → Juventus (pinjam) | 30 | (8) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2015–2016 | Itali B19 | 3 | (0) |
2016 | Itali B20 | 5 | (0) |
2017–2019 | Itali B21 | 13 | (6) |
2018– | Itali | 26 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Mei 2021 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2021 (UTC) |
Federico Chiesa (sebutan bahasa Itali: [fedeˈriːko ˈkjɛːza; ˈkjeːza];[2][3] lahir 25 Oktober 1997) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Serie A, Juventus secara pinjaman dari Fiorentina dan pasukan kebangsaan Itali.
Chiesa memulakan karierna bersama U.S. Settignanese apabila beliau dilatih oleh legenda Fiorentina, Kurt Hamrin.[4]
Beliau telah menyertai Fiorentina pada 2007.[5] Pada mulanya, sebagai anggota pasukan Giovanili, Chiesa telah dimasukkan ke dalam skuad bawah-19 untuk menghadapi musim 2014–15. Beliau telah menjaringkan satu gol dalam tujuh penampilan bersama pasukan Primavera. Pada musim seterusnya, beliau telah beraksi dalam 23 perlawanan dan menjaringkan tujuh gol.[6] Chiesa telah menandatangani kontrak pertamanya bersama Fiorentina pada Februari 2016.
Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Fiorentina ketika pasukannya tumbang 2-1 kepada Juventus dalam perlawanan pembukaan musim 2016-17. Jurulatih Paulo Sousa memilih Cristian Tello untuk mengisi ruang barisan serangan bagi menggantikan Chiesa.[7] Pada 29 September, Chiesa telah melakukan penampilan sulungnya dalam kejohanan Liga Europa ketika menewaskan Qarabağ 5-1.[8] Pada 8 Disember, beliau menandakan penampilan keempatnya dalam kejohanan Liga Europa dengan menjaringkan gol pertama dalam kariernya ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Qarabağ. Beliau kemudiannya telah dibuang padang selepas mengenakan kekasaran kedua dalam perlawanan itu juga.[9][10]
Pada 15 Januari 2017, Chiesa tampil untuk menjaringkan gol kemenangan ke atas Juventus hasil hantaran daripada Milan Badelj. Namun, jaringan itu menjadi milik Badelj kerana selepas ulang tayang, Chiesa tidak disahkan menyentuh hantaran itu.[11] Kemudian pada hujung bulan, Chiesa telah melanjutkan kontraknya bersama kelab sehingga 30 Jun 2021.[12] Pada 21 Januari, beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A semasa menumpaskan Chievo 3-0.[13] Selepas lapan hari kemudian, Chiesa menghasilkan gol keduanya di Serie A semasa menentang Genoa yang berakhir dengan kedudukan seri 3-3.[14] Pada 7 Mei, beliau menjaringkan gol pembukaan perlawanan semasa menentang Sassuolo yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. Jaringan beliau itu merupakan jaringan ketiganya untuk kelab serta jaringan pertamanya di pentas Serie A selama hampir empat bulan.[15] Pada 16 September iaitu pada musim berikutnya, Chiesa melakukan penampilannya ke-30 untuk Fiorentina dengan menjaringkan gol dalam aksi Derby dell'Appennino menentang Bologna. Beliau menjaringkan gol pada minit ke-51 permainan sebelum perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak kepada Fiorentina.[16]
Pada 30 Januari 2019, Chiesa menjaringkan hatrik ketika membelasah Roma dalam perlawanan suku akhir Coppa Italia.[17]
Chiesa dipanggil untuk menyertai pasukan bawah-19 Itali buat pertama kali pada tahun 2015. Beliau bersama rakan sepasukannya di Fiorentina, Simone Minelli telah dipilih dalam senarai 27 pemain yang dikendalikan oleh Paolo Vanoli untuk menghadapi Kejohanan Eropah Bawah-19 2016 di Jerman. Chiesa juga beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Republik Czech, Sepanyol dan Perancis.
Pada tahun 2016, beliau telah menerima panggilan daripada pasukan bawah-20 yang dibimbing oleh Alberigo Evani untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Empat Negara 2015-16.
Pada Mac 2017, Chiesa telah dipanggil untuk menyertai pasukan bawah-21 oleh pengurus Luigi Di Biagio untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Poland dan Sepanyol. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 pada 23 Mac 2017 ketika menewaskan Poland 2-1.[18] Chiesa telah melakukan hantaran kepada jaringan pembukaan perlawanan Lorenzo Pellegrini dalam perlawanan itu.[19] Beliau mengekalkan tempatnya untuk beraksi dalam perlawanan berikutnya menentang Sepanyol di Stadio Olimpico.
Pada Jun 2017, beliau telah dimasukkan ke dalam skuad bawah-21 yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2017 yang dikendalikan oleh pengurus Di Biagio.[20] Dalam perlawanan pembukaan pada 19 Jun, beliau telah mencipta peluang kepada jaringan Andrea Petagna ketika menentang Denmark.[21] Itali kemudiannya disingkirkan oleh Sepanyol pada 27 Jun dengan menghadapi kekalahan 3-1.[22]
Beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2019 yang berlangsung di Itali.[23] Beliau telah menjaringkan tiga gol dalam fasa peringkat kumpulan.
Chiesa telah dipilih untuk menyertai skuad senior oleh ketua jurulatih Gian Piero Ventura untuk menghadapi perlawanan persahabatan tidak rasmi menentang San Marino pada 31 Mei.[24][25] Chiesa telah melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior dalam perlawanan itu yang menyaksikan Itali menang besar 8-0.[26][27][28]
Pada Mac 2018, beliau telah dipanggil oleh skuad senior ketika di bawah kendalian pengurus sementara Di Biagio untuk menghadapi perlawanan rasmi menentang Argentina dan England pada hujung bulan.[29] Pada 23 Mac, beliau melakukan kemunculan sulungnya bersama skuad senior ketika menentang Argentina yang berakhir dengan kekalahan Itali 2-0.[30]
Pada 18 November, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk skuad senior ketika menewaskan Armenia 9-1 dalam aksi kelayakan UEFA Euro 2020 yang dikendalikan oleh Roberto Mancini. Dalam perlawanan itu juga, beliau telahm melakukan dua hantaran kepada jaringan pertama Ciro Immobile dan Riccardo Orsolini.[31]
Chiesa merupakan anak kepada Enrico Chiesa, seorang bekas pemain bola sepak yang pernah bermain untuk kelab Cremonese, Sampdoria, Parma, Fiorentina, Lazio dan Siena serta pernah mewakili pasukan kebangsaan Itali.[32] Beliau telah mendaftar di Sekolah Antarabangsa Florence untuk mengambil pengajian bahasa Inggeris. Cheisea juga menghabiskan masa selama dua tahun di universiti dengan mengikuti pengajian sains sukan.[33]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Lain | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
![]() |
2016–17 | 27 | 3 | 2 | 0 | 5[a] | 1 | — | 34 | 4 | |
2017–18 | 36 | 6 | 2 | 0 | — | 38 | 6 | ||||
2018–19 | 37 | 6 | 4 | 6 | 41 | 12 | |||||
2019–20 | 24 | 6 | 3 | 1 | 27 | 7 | |||||
Jumlah kerjaya | 124 | 21 | 11 | 7 | 5 | 1 | — | 140 | 29 |
Pasukan kebangsaan Itali | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2018 | 11 | 0 |
2019 | 6 | 1 |
Jumlah | 17 | 1 |
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
18 November 2019 | Palermo, Itali | ![]() |
Kelayakan Euro 2020 |