Filem Negara Malaysia
FNM
Jabatan Filem Negara (JFN)
Intisari agensi
Dibentuk1 April 1946; 78 tahun yang lalu (1946-04-01)
Agensi terdahulu
  • Malayan Film Unit (MFU)
    (1946–1963)
Dibubarkan31 Mei 2013; 11 tahun yang lalu (2013-05-31)
Agensi yang mengambil alih
JenisAgensi eksekutif
Ibu pejabatJalan Utara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Agensi induk
Kementerian Penerangan Malaysia (kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
Laman sesawang
www.filemnegara.gov.my

Filem Negara Malaysia (FNM; kadangkala disebut juga sebagai Jabatan Filem Negara atau JFN) merupakan agensi penerbitan filem Malaysia.[1] Ia merupakan salah satu jabatan di bawah Kementerian Penerangan selain Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Semuanya mempunyai peranan yang sama iaitu memberikan penerangan dan maklumat berhubungan dengan dasar dan agenda kerajaan kepada rakyat. Hanya cara atau pendekatannya yang berbeza.[2]

Antara peranan utama FNM ialah menyebarkan maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian kerajaan serta mempromosikan negara menerusi filem yang diterbitkan. Selain itu, FNM berperanan untuk menerbitkan filem dokumentari dan treler berkualiti dan membekalkannya kepada pelanggan, menjadi organisasi penerbitan filem rasmi Kerajaan bertaraf antarabangsa.[1][3][4][5]

Sejarah

[sunting | sunting sumber]

Sebelum 22 November 1963, FNM dikenali dengan nama Malayan Film Unit (Unit Filem Malaya). Malayan Film Unit memulakan operasinya dari pejabatnya di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada April 1946. Pengarah seni pertamanya adalah Gillie Porter, juru kamera perang. Beliau turut memperkenalkan kamera animasi Bell dan Howell, penebuk, rostrum dan cakera animasi bagi menghasilkan kerja seni animasi dan judul bagi Cathay Organisation dan Cathay-Keris. Goh Meng Huat merupakan pembantunya dan juru animasi Malaysia pertama.[1]

Kompleks Filem Negara Malaysia yang terletak di Jalan Utara, Petaling Jaya dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-3, Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 24 Ogos 1965.[6][7][8][1]

Filem Negara Malaysia mengumumkan pada November 1968 bahawa semua filem cereka dan dokumentari akan diterbitkan sepenuhnya dalam format warna, bukannya format hitam putih menjelang 1969.[9] Perancangan untuk filem warna telah dibincangkan pada 1963.[10]

Pada tahun 1967, mereka menerbitkan akhbar, Malaysia: A Week di mana bermula setiap minggu bermula awal tahun, mereka menerbitkan akhbar dalam seminggu di mana peristiwa itu berlaku.[11] Juga pada tahun yang sama, Filem Negara mengumumkan akan menjual 51 peratus daripada sahamnya kepada rakyat Malaysia dengan tujuan untuk menjadi sebuah perbadanan perfileman terulung di negara ini.[12]

Pada setiap musim perayaan Filem Negara Malaysia sentiasa menghasilkan iklan atau cerita pendek yang bertemakan kasih sayang, perpaduan, kebudayaan, budi bahasa dan menghormati orang tua sering dipaparkan di kaca TV. Ia satu cerita yang panjangnya sekitar 2 minit hingga 3 minit. FNM yang dilengkapi dengan segala kemudahan penerbitan dan penyuntingan diyakini tidak menghadapi masalah untuk menghasilkan program pendek.[1]

Tidak dinafikan sejak ditubuhkan lebih setengah abad, FNM sudah berjaya menghasilkan ratusan karya yang baik sehingga mendapat pengiktirafan daripada pelbagai festival atau penganugerahan antarabangsa dalam kategori dokumentari, cerita pendek atau animasi.[13] Malahan, FNM juga pernah menerima pengiktirafan besar menerusi beberapa filem cereka yang pernah diterbitkannya seperti Bila Hati Telah Retak, Dayang Suhana atau Embun.[1]

Dokumentari atau filem pendek seperti Before The Wind, Building Bonny Babies, The Letter, Buffaloes For Floughing dan Letter From Home yang dihasilkan pada tahun 1954, atau Hassan’s Home Coming, Youth In Action dan Malacca Then And Now (1955), Rohani’s Steps Out, Valley of Hope, Timeless Temiar dan Malayan University (1956) dan juga Wayang Kulit, Tin From Malaya (1957) adalah antara contoh terbaik yang pernah dihasilkan oleh FNM sehingga pernah meraih pelbagai pengiktirafan dari Filipina, Jepun, Kanada, Hong Kong dan Kemboja.[1]

FNM juga pernah menghasilkan dokumentari mengenai kemerdekaan dan perpaduan seperti Merdeka For Malaya, United We Stand, Master Farmer Kum Yeng, No Need To Be Poor, dan Bapa Malaysia adalah contoh karya yang sepatutnya disiarkan semula di kaca TV.[1]

FNM bersedia untuk menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) untuk menghasilkan dokumentari yang lebih segar, dinamik dan bersesuaian dengan keperluan semasa.[1][14]

Pada dasarnya, semenjak penggabungan Kementerian Penerangan bersama Kebudayaan (Pada April 2009), FNM diberikan tugasan menjadi hab untuk agensi dan jabatan kerajaan serta masih memainkan peranan untuk memberi penerangan tentang dasar-dasar kerajaan serta menjadi medium untuk mendokumentasikan sejarah - sejarah penting negara.[1]

Ia diumumkan pada 28 November 2012 bahawa Filem Negara Malaysia digabungkan dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bagi membentuk satu agensi perfileman tunggal.[15][16][17] Penggabungan ini berkuatkuasa 31 Mei 2013.

Identiti korporat

[sunting | sunting sumber]

Logo harimau digunakan sebagai pengenalan kepada FNM.[18] Logo itu direka oleh Pengarah Seni di Bahagian Gerak Gambar, Gillie Potter. Logo Harimau dipilih kerana ia melambangkan kecergasan, ketabahan dan kegagahan. Sifat ini amat diperlukan oleh Malayan Film Unit pada masa itu, kerana ia menghadapi pelbagai cabaran untuk membuktikan kemampuannya.[1] Selepas Malayan Film Unit bertukar nama kepada Filem Negara Malaysia pada November 1963, versi baharu lambang harimau telah diguna pakai.

Senarai penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Filem

[sunting | sunting sumber]

Dokumentari

[sunting | sunting sumber]

Sebagai Malayan Film Unit

[sunting | sunting sumber]

Sebagai Filem Negara Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Animasi

[sunting | sunting sumber]

Hikayat Sang Kancil

[sunting | sunting sumber]

Kisah dan Teladan

[sunting | sunting sumber]

Animasi pendek

[sunting | sunting sumber]

Iklan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e f g h i j k "Sejarah FNM". Berita Minggu. 15 Julai 2012. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  2. ^ Filem Negara can help unite the young The Star Online (25 Julai 2003). Dicapai pada 7 Januari 2009.
  3. ^ "Filem Negara harus jadi perbadanan pengeluaran filem2 budaya". Berita Harian Singapura. 22 Ogos 1971. m/s. 16. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  4. ^ Zain Ariff (19 Januari 1970). "Tugas Filem Negara masa dulu dan sekarang". Berita Harian Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  5. ^ "Filem Negara bakal berubah wajah". BERNAMA. 7 April 2008. Dicapai pada 6 Ogos 2010.
  6. ^ "Seri Paduka akan buka studio baru Filem Negara". Berita Harian Singapura. 21 Ogos 1965. m/s. 5. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  7. ^ "Studio Filem Negara baru di-buka: 'Dua tugas'". Berita Harian Singapura. 25 Ogos 1965. m/s. 1. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  8. ^ "New film unit home". The Straits Times. 14 Jun 1964. m/s. 12. Dicapai pada 19 Ogos 2018.
  9. ^ "Films by Filem Negara in colour next year". The Straits Times. 6 November 1968. m/s. 7. Dicapai pada 17 Ogos 2020.
  10. ^ "'Own colour' plan by the Film Unit". The Straits Times. 10 September 1963. m/s. 5. Dicapai pada 17 Ogos 2020.
  11. ^ "Filem Negara: Newsreels within a week now". The Straits Times. 27 Februari 1967. m/s. 7. Dicapai pada 17 Ogos 2020.
  12. ^ "51 peratus saham Filem Negara utk umum". Berita Harian Singapura. 15 Disember 1967. m/s. 5. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  13. ^ "Filem Negara mungkin mengeluarkan filem2 Melayu". Berita Harian Singapura. 7 November 1967. m/s. 10. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  14. ^ "Filem Negara diminta terbit lebih banyak dokumentari dan animasi". BERNAMA. 2 November 2004. Dicapai pada 8 Ogos 2010.
  15. ^ FINAS and Filem Negara Malaysia to merge Diarkibkan 2018-02-19 di Wayback Machine The Malaysian Times (29 November 2012). Retrieved on February 19, 2013.
  16. ^ Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Filem Negara To Merge Diarkibkan 2018-02-19 di Wayback Machine Malaysia Digest (29 November 2012). Retrieved on February 19, 2013.
  17. ^ Zainuri Misfar (8 Disember 2012). "FINAS, FNM mesti tetap hala tuju filem negara". Berita Harian. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  18. ^ Zainuri Misfar (13 Februari 2008). "Segarkan semula Filem Negara sejajar lambang harimau". Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  19. ^ Mokhtar Alias (27 Januari 2000). "Apresiasi Abu Nawas terbitan Filem Negara". Berita Harian. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  20. ^ "Filem Negara memilemkan 'Atap Genting Atap Rumbia'". Berita Harian Singapura. 5 November 1966. m/s. 7. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  21. ^ "Drama 'Antara Dua Jiwa' melalui TV Malaysia ta' lama lagi". Berita Harian Singapura. 5 November 1966. m/s. 7. Dicapai pada 27 Ogos 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]